selamat hari ibu

May 12th, 2008 by ganukite

bismillah…. buat semua ibu2 di malaysia, dan di seluruh dunia, selamat hari ibu (^_^). jasa2 mu akan kami anak2 kenang seumur hidup… tidak terbalas segala jasamu dalam memelihara kami dan mendidik kami sehingga menjadi insan berguna. hanya syurga selayaknya balasan buatmu atas pengorbanan yg telah kamu lakukan untuk membolehkan kami menghirup nafas di dunia ni. terima kasih wahai ibu, yg mengandungkan diri ini yg dari sekelumit benih hingga dilahirkan sempurna selepas 9bulan… kau tak pernah letih melayan kerenah aku yg hanya mampu menyuarakan keinginan aku dengan tangisan. kau tidak pernah melenting apabila aku mengejutmu dari tidur hanya kerna laparkan susu.. sebaliknya kau dodi diriku dan menyusuiku agar aku lena kembali. kaulah menjadi tempat aku mengadu dari kecil hingga dewasa. segala nasihatmu penuh seribu makna yg sentiasa dijadikan pedoman untuk mengiringi langkahku.

jika mahu ku hitung segala jasamu sepanjang hidup ini, nescaya seribu satu malam masih belum cukup untukku huraikan segalanya. ingin ku ucapkan selamat hari ibu kepadamu, tapi mulut ini berat untuk melafazkannya. mungkin kerana diri ini tidak biasa dengan melafazkan ungkapan itu, lebih2 lagi egoku sebagai seorang anak muda  memngunci mulut ini. namun percayalah, di hati ini aku sentiasa menyayangimu, lebih dari segalanya. terima kasih mak, kerana membenarkan aku hidup di dunia ini, tidak mengabaikan ku, mendidikku, menjaga perlakuanku dan segala2nya. hanya doa mampu ku berikan, beserta merealisasikan impianmu. hanya itu aku mampu lakukan, untuk menunjukkan pengargaanku ke atas segala pengorbana yg kau lakukan demi membesarkan aku… terima kasih mak….

pasti ada hikmah di sebaliknya…

June 17th, 2007 by ganukite

Hari itu, merupakan hari yang tak dapat dilupakan oleh Azmi. Sahabat karibnya, Azlan mengajaknya keluar berjalan2 di sebuah kompleks pasaraya di Kuantan. Tanpa membuang masa, mereka terus  bertolak ke

sana

dengan menaiki bas. Setelah puas berlegar di sekitar kompleks tersebut, mereka berehat sekejap di sebuah restoran makanan segera sambil menjamu selera.

“Assalamualaikum bang, boleh minta tolong hulurkan sedikit derma tak?” tiba-tiba kedua-duanya disapa oleh dua orang gadis. Seorang bertudung biru dan seorang lagi bertudung kuning muda.

“untuk apa ni dik?” Azlan membuka bicara.

“erm, untuk sekolah anak yatim. Saya Azah, kawan saya ni Hanim. Kami ni sukarelawan dari Kolej Islam Pahang, untuk memungut derma bagi sekolah anak yatim di Temerloh” balas si gadis bertudung kunig itu.

“ye ke? Adik 2 orang je ke yang buat kerja ni?” tanya si Azlan menunjukkan minat.

“eh, tak la.

Ada

lagi kawan kat sebelah

sana

. Kami berpecah untuk memudahkan kerja pengutipan derma.” Balas Azah.

“abang berdua ni selalu kat sini ke? Orang kuantan ek?” tutur Hanim, gadis bertudung biru di sebelah Azah.

“bukan, kami ni orang KL. Saya Azlan , yang sebelah ni namanya Azmi” balas Azlan, sambil memperkenalkan sahabat baiknya itu.

“Oo, abis tu buat apa kat sini?” tanya lagi si Hanim.

“kami ni sebenarnya…”

“err, kami pelajar Kolej Poly-tech Mara, ambik diploma” kata Azmi, tanpa sempat Azlan menghabiskan ayatnya. Berkerut dahi Azlan mendengar jawapan kawannya itu.

“erm, maaf la ye. Kalau takde apa-apa, kami beredar dulu lah ye” tutur si Azah untuk mengundur diri, mahu meneruskan kutipan derma yang dilakukannya.

“ah, lupa plak. Nah, ni duitnya, ikhlas dari saya” Azlan membuka dompetnya dan menghulurkan rm10 ke dalam tabung yang dipegang Azah. Azlan berpaling ke arah Azmi.

“mi, kau tak nak bagi ke?”

“ha? Ah, ye. Nah”  Azmi yang tersentak dari lamunannya terus menghulurkan duit yang dipegangnya. Azlan tersenyum sahaja melihat perilaku sahabat baiknya itu.

“terima kasih ye. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kami pergi dulu. Assalamualaikum.” Hanim menyusun kata-katanya, dan mereka berdua pun beredar ke tempat lain.

Selepas dua gadis itu berlalu pergi, azlan pun bertanyakan sesuatu yang disyakinya sejak tadi lagi.

“hm, mengelamun nampak? Angau ke?” tegur si Azlan dengan nada menyindir.

“hish, kau ni. Mana ada. Biase je”

“ala, tak payah nak kelentong aku. Kau ingat aku tak perasan cara kau pandang budak perempuan yang bertudung biru tu. Apasal tak tackle terus je tadi?”

“kau ni memang la. Takkan la aku nak tackle dia? Dia tu budak baik, dari Kolej Islam Pahang. Takdenye dia nak layan aku”

“ala, kita pun apa kurang nya

kan

?

Cuba

la dulu, mana la tau dia berkenan kat kau jugak ke. Lagi satu, Budak KPTM? Kau ni biar betul.”

“takpe la, sekali sekala apa salahnya kita jadi pelajar KPTM pulak. Saja je tadi.”

“ada-ada aje kau ni” mereka menyambung sarapan dan kemudian beredar ke destinasi yang berikutnya.

Pada masa yang sama, dua gadis tadi berbual memperkatakan tentang dua lelaki yang baru mereka temui sebentar tadi.

“Hanim, awak perasan tak, lelaki yang bernama Azmi tu asyik pandang awak je,

kan

?”  Azah memulakan bicara.

“em, perasan jugak. Tapi saya buat tak tau je.” balas Hanim bersahaja.

“jangan-jangan dia suka kat awak tak? Ok lah tu, dia pun apa kurangnya. Hensem jugak.” Kata Azah sambil melagakan bahunya dengan bahu Hanim.

“hm, tapi dia pelajar KPTM je, bukan apa sangat pun. Tak ada apa yang istimewa sangat la”

“ eh, ok lah tu. Sekurang-kurangnya dia tak la melepak tak tentu pasal. Orang nya pun nampak baik, berilmu.”

“hm, tengok je lah Azah, kalau dah jodoh takkan ke mana. Jom lah, pergi tempat lain pulak” Hanim terus berjalan sambil di ikuti rapat kawannya itu.

*********************************************

Takdir menemukan kembali mereka berdua di kompleks yang sama. Azmi yang sudah pun terpikat dengan keayuan dan kecantikan Hanim tanpa membuang masa terus memulakan perbualan, dan Hanim menyambut baik hasratnya itu untuk berkawan. Mereka mula bertukar nombor telefon, dan sering berbual menceritakan perihal masing-masing. Setelah beberapa bulan berkenalan dan merasakan keserasian dalam kehidupan mereka, mereka sepakat meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius, sebagai sepasang kekasih . namun mereka masih berpegang teguh pada tali agama, membataskan pergaulan mereka supaya ia tidak dicemari dengan tingkah laku yang dipandang serong di sisi agama.

“hai, dari mana tu? Baru abis layan pakwe ke?” tanya Azah menyindir sahabat baiknya yang baru sahaja melangkah masuk ke biliknya.

“perli nampak? Abang Mi call, borak biasa je. Kata nya busy sekarang dengan assignment” balas Hanim tersipu malu.

“wah, dah ber’abang’ sekarang. Hai, maklum la,orang ada buah hati lah

kan

?” Azah terus menyakat. Hanim hanya mampu tersenyum dek kata-kata teman sebiliknya itu.

“eh, Azmi dah tau ke awak nak sambung belajar kat UUM? Dia ok ke?

“em, baru je bagitau dia tadi. Dia tak kesah, asalkan ia kehendak saya. Berjauhan sikit pun tak apa, asalkan masing-masing setia.”

“bagus lah camtu. Harap-harap kamu berdua kekal sampai akhir hayat. Azmi macam mana? Dia tak nak sambung belajar ke?”

“tak, katanya nak bekerja untuk cari pengalaman bila dah abis belajar nanti”

“em, ok kot. Pesan kat dia, simpan duit dari sekarang. Nanti nak masuk meminang senang la sikit, mas kahwin pun dah naik sekarang ni” Azah berseloroh dan Hanim hanya mampu tersenyum malu mendengar usikan kawannya. Hanya lafaz ‘amin’ sahaja yang bergema dalam hatinya, moga doa sahabat baiknya itu dimakbulkan agar dia dan Azmi akhirnya dapat hidup bersama sebagai suami isteri yang sah suatu hari nanti.

**************************************

“kau apa cerita sekarang ni Mi? termenung je. Ok ke kau dengan hanim tu?” Azlan bertanyakan khabar, tanda dia mengambil berat akan sahabat baiknya.

“em, alhamdulillah, aku dengan dia ok. Dia baru je bagitau aku tadi, dia nak sambung ijazah perakaunan kat UUM nanti”

“ok lah tu, baru la nampak sepadan sikit nanti. Kenapa? Kau risau dia cari pengganti kau ke kat

sana

nanti” sindir Azlan. Air muka Azmi sedikit berubah, menandakan dia tidak menggemari gurauan Azlan.

“aku harap mulut kau tak masin. Betul, aku memang bimbang jugak memikirkan pasal hal tu. tapi, insyaAllah, aku yakin Hanim setia dengan janjinya”

“ala, apa la nak risaukan? Takkan la dia cari pengganti kau? Rasional la sikit,  kau ingat senang ke nak cari pakwe yang ada standard cam kau ni…” Azlan terhenti seketika. Dia berfikir sejenak, sebelum menyambung balik kata-kata nya.

“don’t tell me that u still hide your identity?”

“a’ah, aku masih lagi pelajar KPTM di mata dia. Dan aku beritahu dia yang aku nak bekerja bila dah habis belajar nanti, untuk menimba pengalaman” jawab Azmi bersahaja.

“what the??!! Come on la Mi, sampai bila kau nak berahsia? Don’t u think she need to know about it? Takkan kau masih tak percaya lagi betapa ikhlasnya dia dalam perhubungan ni?”

“bukan camtu, tapi aku takut dia tuduh aku tak jujur dalam hubungan kami. Aku takut dia tak dapat maafkan aku…”

“sampai bila mi? sampai bila? “

“aku tak tahu, tapi yang pasti lambat laun dia akan tahu juga. Akan tiba masanya dia akan tahu semua ni”

“terpulang lah pada kau. Aku just harap tembelang kau tak pecah sehingga bila tiba masanya” ujar Azlan meninggalkan Azmi keseorangan.

******************************************

Masa pantas berlalu. Selepas, setahun berada di UUM, Hanim pulang ke kampung halamannya untuk bercuti. Dia sangat seronok dapat bertemu kembali dengan Azah, sahabat karibnya yang juga sekampung dengannya. Petang itu, mereka asyik berborak menceritakan pengalaman masing-masing  di universiti, sehingga lah Azah bertanyakan satu soalan yang merungkai segalanya.

“so, camne awak dengan Azmi. Dah lama tak dengar berita pasal dia? Dia tengah kumpul duit untuk masuk meminang ke?” Azah bertanya, sesuatu yang jawapannya mungkin di luar dugaan.

Hanim membisu. Dia tak pasti apa yang harus dijawab akan soalan sahabatnya itu. Di mana harus dia mulakan? Melihat riak wajah Hanim, Azah dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi di luar pengetahuannya. Sesuatu yang tak kena akan hubungan Hanim dengan Azmi. Azah terus bertanya.

“awak ok ke ni Hanim?

Ada

masalah ke dengan Azmi?”

Hanim

cuba

menyusun ayat tentang apa yang akan diperkatakan kepada Azah.

“sebenarnya….” Hanim terhenti seketika, sebelum menyambung kembali kata-katanya yang tergantung.

“sebenarnya, sejak saya masuk UUM, hubungan kami tak serapat dulu. Saya sibuk dengan assignment dan

cuba

menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Azmi pula busy dengan kerjanya, menyebabkan kami jarang berhubung. Dalam sebulan, ada la 2 kali sahaja kami berbual. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan” Hanim menoktahkan katanya.

“tapi, hubungan still ok

kan

? Tak semestinya kalau jarang berhubung, ada masalah, betul tak?” Azah mencelah

Hanim membisu. Dia tak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Ceritanya terhenti di situ, namun ia masih belum merungkai kisah sebenar yang terjadi. Hanim akhirnya memberanikan diri, memberitahu Azah akan sesuatu yang di luar jangkaan kawannya.

“di

sana

, saya bertemu dengan Amir. Baik orangnya. Dia senior dalam jurusan saya, dan akan graduate tahun ini. Peribadinya sangat menarik,sopan, alim, berbudi bahasa, lemah lembut, cemerlang dalam pelajaran. Malah, dia telah pun dijanjikan pekerjaan dengan sebuah syarikat dengan gaji yang lumayan”

“Amir? Apa kaitannya dalam hal ni?” Azah masih belum dapat memahami akan jalan cerita ini.

“Amir melamar saya 2 minggu lalu, dan ingin menjadikan saya suri hidupnya. insyaALLAH dia akan datang dengan rombongan meminang minggu hadapan..” Azah tersentak. Sesuatu yang memang di luar dugaannya.

“habis, macam mana dengan Azmi, dia dah tau ke pasal hal ni?”

“belum. Kami berjanji nak jumpa esok kat tempat biasa, dan saya akan beritahu dia pasal hal ni”

“kenapa boleh jadi macam ni? Azmi

kan

layan awak dengan baik. Sanggup awak buat dia camtu?”

“nak buat camne. Kalau dah takde jodoh, terpaksa la terima. Lagipun, hidup saya lebih terjamin dengan Amir. Sedangkan Azmi hanya lepasan diploma KPTM, tak mungkin dapat menyaingi Amir dalam semua hal.” Balas Hanim.

“tapi sebelum ni bukan ke awak tak kesah dengan tahap pengajiannya? Hanim kata benda tu tak kesah, asalkan dia berhati mulia dan mampu membahagiakan Hanim?”

“itu dulu, sebelum saya

masuk

U.

bila berada di U, baru saya fahami betapa pentingnya mencari seorang lelaki yang mampu membahagiakan kita dari semua segi, bukan setakat kasih sayang sahaja” ujar Hanim. “saya yakin Azmi boleh terima hakikat ni. Lagipun ramai lagi perempuan kat dunia ni, mungkin kami memang takde jodoh” hujah Hanim membuat Azah hanya mampu menggeleng kepala memikirkan perasaan Azmi apabila mengetahui akan apa yang telah berlaku ketika ini.

“Hanim, jika itu yang awak mahukan, terpulang lah. Mungkin benar kata awak, kalau dah tiada jodoh antara kamu, apa lagi yang harus diperkatakan. Setiap orang telah dicipta pasangannya sejak azali lagi. PASTI ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG BERLAKU” pesanan Azah buat teman baiknya itu.

***************************************

Azlan tersenyum melihat gelagat rakan karibnya Azmi. Dari tadi Azmi sibuk berhias dan bergaya di depan cermin. Sememangnya pertemuan dengan Hanim, buah hatinya itu amat dinantikan, setelah hampir setahun tidak bersua muka. Azmi tersenyum panjang, riak wajahnya yang gembira memang tidak dapt disembunyikan lagi.

“so, kat tempat biasa ke?” Azlan memulakan tutur

“em, kat tempat biasa je.”

“apa rancangan kau kali ni? Nampak bersemangat je”

“aku nak beritahu dia akan segala-galanya. Tentang kehidupan aku yang sebenar, dan apa yang sedang aku lakukan sekarang ini. Dan kalau boleh, aku nak melamarnya hari ni jugak” balas azmi berkeyakinan.

“hai, takut kena kebas ke?” Azlan sekadar bergurau. Gurauan yang mungkin menjadi kebenaran.

“sapa tak takut. Harap-harap dia maafkan aku atas apa yang aku rahsiakan selama ni. Ok, aku pergi dulu” Azmi menyarung kasut, bergegas untuk ke tempat pertemuan seperti yang dijanjikan.

“nah, bawak benda ni sekali” ujar Azlan sambil melempar sesuatu ke arah Azmi. “boleh jadi bukti kalau dia tak percaya apa yang kau beritahu dia nanti”

Azmi menyambutnya, dan melemparkan senyuman tanda terima kasih sebelum beredar.

                                **************************************

Seperti yang dijanjikan, Azmi setia menunggu di restoran Mc Donald. Dilihatnya jam di tangan kirinya, menunjukkan tepat 3.20 petang. Sudah 20 minit menunggu buah hatinya Hanim, namun masih belum nampak kelibatnya. Azmi masih tersenyum, membayangkan akan betapa terkejutnya Hanim apabila dia melamar nanti. Hatinya nekad, inilah masa yang terbaik untuk diluahkan segala yang terbuku di hati, setelah hampir setahun berjauhan. Segala apa yang dirahsiakan selama ini akan diceritakan satu persatu, agar Hanim dapat menerimanya dengan terbuka.

“Assalamualaikum. Abang dah lama tunggu ke?” Hanim datang berbaju kurung biru muda. Azmi tersenyum tanpa menunjukkan tanda bosan menanti kehadirannya.

“wa’alaikumussalam. Takde la lama sangat, baru je sebentar tadi. Eh, duduklah, abang dah pesan makanan yang selalu kita makan dulu.” Ujar Azmi, mempelawa kekasihnya duduk.

“maaf ye bang, bukan sengaja lambat. Jalan jem tadi, lagipun hanim datang bawak kereta abah, so lambat la sikit.”

“em, tak pe, abang tak kesah. Jom lah, kita makan ye” Azmi pun menjamah makanan yang sudah terhidang di atas meja.

Perbualan terhenti di situ. Masing-masing tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara. Lidah terkelu, tidak tahu di mana harus dimulakan. Pertemuan setelah setahun berpisah menyukarkan lagi situasi. Mereka berdua terus menjamu selera, menunggu yang seorang lagi bersuara.

Suasana masih lagi sepi. Akhirnya Hanim mula membuka mulut.

“sebenarnya ada hal penting sangat yang hanim nak cakap kat abang”

“em, abang pun sama. Tapi hanim cakap la dulu, abang sudi dengar.”

“hanim harap abang dapat terima dengan hati terbuka”

“… apa dia?” Azmi bertanya, terasa tak sedap hati mendengar kata-kata Hanim sebentar tadi.

“Hanim nak minta maaf banyak-banyak kalau Hanim ada menyinggung perasaan abang selama ni”

Azmi hairan, dirasakan tak pernah pun Hanim melakukan sesuatu yang salah di sisinya.

“Hanim minta maaf banyak-banyak sebab Hanim tak dapat kotakan janji yang kita abadikan selama ini.”

Azmi terus mendengar. Hatinya mula berdebar, menunggu lanjutan kata dari kekasihnya itu.

“sebenarnya seorang lelaki kenalan Hanim di universiti akan datang melamar Hanim minggu depan. Keluarga Hanim pun dah bersetuju, dan akan terus melangsungkan pertunangan pada hari tersebut. Hanim tak dapat nak buat apa-apa, hanim hanya mampu meminta maaf  kerana tidak dapat tunaikan janji untuk mendirikan rumah impian bersama abang” Hanim tunduk, tak mampu untuk bertentang mata dengan buah hatinya selama ini.

Azmi terkedu.dia bagaikan tak percaya apa yang didengarnya sebentar tadi. Dia langsung tak menyangka perkara sedemikian akan berlaku. Apa yang paling ditakutinya kini dah menjadi kenyataan. “Ya Allah, masin betul mulut si Azlan” katanya di dalam hati. Azmi menenangkan diri, termenung, sebelum menyusun ayat untuk diperkatakan pada Hanim.

“hanim, abang baru je merancang nak beritahu hanim yang abang nak melamar Hanim untuk menjadi permaisuri hidup abang. Tak boleh ke abang diberikan satu peluang, berjumpa dengan kedua ibu bapa Hanim, untuk menyatakan hasrat abang? Mana la tau, mereka boleh pertimbangkan hasrat abang ni? Lagipun, kita

kan

suka sama suka. Mungkin Hanim boleh beritahu pada mereka, supaya mereka bersetuju dengan pernikahan kita?”

Azmi

cuba

memujuk, diharapkan buah hatinya bersetuju dengan cadangan itu. Hanim terkejut mendengarnya. Dia tak menyangka Azmi ingin melamarnya hari ni. Dia serba-salah. Hatinya masih menyayangi Azmi, tapi mengenangkan kembali Amir yang jauh lebih berkarisma berbanding Azmi, menidakkan segalanya. Hanim menyusun kata,

cuba

mengeluarkan alasan yang lebih kukuh supaya hajat Azmi tidak diteruskan. Kalau tidak, segala apa yang dirancang tidak akan menjadi.

“tak boleh bang, mak dan ayah dah setuju. Kalau dibatalkan, nanti jatuh air muka ayah. Nanti dikata orang ayah mungkir janji” Hanim memberi alasan, alasan yang direka semata-mata untuk membatalkan hasrat Azmi.

“tapi, kita dah lama mengenali satu sama lain. Mungkin ayah hanim akan bersetuju setelah mendengar kisah kita” Azmi terus memujuk.

“tak mungkin bang. Perbezaan abang dengan dia terlalu ketara. Abang hanya lepasan diploma, sedangkan dia ada ijazah”

“tapi, abang dah ada kerja yang tetap”

“dia pun dah dapat tawaran bekerja dnegan sebuah syarikat terkenal, gajinya sangat lumayan. Tak mungkin sama”

Azmi terdiam. Dia tak menyangka kekasihnya kini membangkitkan persoalan yang tak pernah timbul selama ini, perihal tentang ‘diploma’nya dan ‘kerja’nya.

“abang ingat Hanim tak kesah tentang kerja dan taraf pendidikan abang. Bukan ke itu tidak sepenting kasih sayang yang kita semaikan?”

Hanim terdiam. Dia tak tahu bagaimana harus dijawab soalan itu. Diperah otaknya untuk memberikan jawapan.

“itu dulu bang,sekarang lain. Hanim memerlukan seseorang yang mampu memberikan kebahagiaan dari segi rohani mahupun jasmani. Ekonomi sekarang makin meningkat. Kasih sayang saja tak boleh menampung perbelanjaan dan keperluan kita”

            Tak disangkanya, dalam masa setahun Hanim telah berubah. Jika dulu soal ini langsung tak pernah dibangkitkan, walaupun Azmi pernah mengutarakan hal ini, namun Hanim tak pernah kesah. Katanya, kalau dah sayang, semuanya tak jadi masalah.. kini, setelah bergelar mahasiswi, lain pula pemikirannya. Azmi langsung tak menyangka begini jadinya. Andainya dia mengetahui ini yang akan terjadi, sudah pasti lamaran dia telah kemukakan setahun yang lalu.

            Azmi hairan, kenapa Hanim berkeras mengatakan lamarannya akan ditolak bulat-bulat, sedangkan dia tak pernah bertemu dengan ibu bapa Hanim sebelum ini. Apatah lagi dengan alasan yang Hanim berikan, sukar dia menerima bahawa segalanya sudah ditetapkan oleh ibu bapa Hanim.

            “Hanim, abang nak tanya, betul ke mak ayah Hanim dah terima lamaran tu? Lamaran tu

kan

akan datang minggu depan. Dulu Hanim pernah cerita, ayah Hanim takkan terima pinangan orang sebarangan. Dia akan jumpa dan nilai orang itu terlebih dahulu dulu sebelum buat keputusan. Tapi, kenapa pinangan ni cepat sangat dia terima?”

            Hanim tersentak. Dia lupa mereka pernah membicarakan hal ni dahulu. Hanim terdiam, tak tahu apa yang harus diperkatakan. Pekungnya terdedah. Apa lagi alasan yang harus dia reka? Buntu fikiran Hanim.

            Azmi sedar akan perubahan riak wajah Hanim. Dan dia dapat mengagak jawapan kepada soalannya. Kini baru dia faham, betapa hati manusia tak mungkin dapat diteka. Sekali bah, sekali pantai berubah. Dalam masa setahun, keyakinan dan janji yang diikat sekian lama terurai kerana orang ketiga.

            “Hanim yang bersetuju dengan lamaran kenalan Hanim

kan

? Kerana bagi Hanim, dia jauh lebih sempurna dari abang

kan

? Hanim reka semua alasan tadi supaya abang berputus asa, betul?”

            Hanim hanya mampu menunduk, tak sanggup dia bersemuka dengan Azmi. Azmi hanya mampu mengeluh,

cuba

menahan perasaan marah yang berkecamuk di hatinya. Marah keran yang tercinta berpaling darinya dan memilih yang lain hanya kerana ‘kekurangan’ nya dari segi pangkat dan harta dunia. Namun ditahan juga dari terlepas, takut perkara yang lebih buruk akan berlaku. Azmi beristighfar, bersabar,

cuba

meleraikan kekusutan di dada.

            “Hanim” Azmi bersuara.

            “kalau hati Hanim dah pun beralih kepada orang lain, kenapa tak beritahu dari awal lagi? Kenapa Hanim sanggup menipu abang?”

            Hanim terus membisu.

            “Hanim takut abang tak dapat terima keputusan Hanim?”

            Hanim masih lagi membisu. Dia sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi.

            “Hanim, abang adalah seorang yang rasional. Kalau abang tahu masalah ini dari mula lagi, sudah tentu abang akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kasih sayang yang kita bina selama ini. Tapi, kini sudah terlambat, sudah tiada apa lagi yang abang boleh lakukan. Lamaran tu akan datang dalam beberapa hari je lagi,dah terlewat untuk segalanya. Kalau ini adalah keputusan Hanim, abang mengalah. Demi kasih abang pada Hanim, biar lah abang pergi, asalkan apa yang Hanim idamkan tercapai”

            “abang hanya mampu doakan semoga Hanim bahagia di sisi lelaki yang Hanim pilih. Abang harap dia dapat berikan segala apa yang Hanim mahukan dalam hidup ini,

Segala apa yang abang tak mampu lakukan untuk Hanim”

            Air mata berlinangan. Hanim menahan sebak mendengar ucapan Azmi. Dia mersa bersalah atas apa yang dilakukan kepada Azmi.

            “kalau dah takdirnya tiada jodoh antara kita, abang redha. Abang pergi dulu, Assalamualaikum.” Azmi menghentikan perbualan, bangun dari kerusi yang didudukinya secepat yang mungkin. Dia sudah tidak dapat menahan perasaan yang membuak di hatinya.

Di saat itu, ketika Azmi

cuba

bangun, sekeping kad terjatuh dari poket baju kemeja Azmi ke atas lantai di bawah meja mereka. Hanim yang ternampak kad itu, segera mengambilnya untuk dihulurkan kepada Azmi. Namun, pergerakannya terhenti seketika. Hanim tergamam, terkejut dengan apa yang dilihatnya pada kad itu. Di pandang kepada Azmi, namun Azmi hanya membisu. Hanim tidak percaya apa yang ada ditangannya. Sekeping kad yang mungkin jika didedahkan terlebih dahulu, segalanya mungkin berubah.

Azmi mengambil kad itu dari tangan Hanim, menatapnya, dan menyimpan kembali ke dalam poket kemejanya.

            “sebenarnya, hari ni abang memang rancang nak beritahu hal yang sebenarnya pada Hanim. Segala-galanya tentang abang yang Hanim tak tahu selama ini. Abang mohon maaf sebab merahsiakannya selama ini.Abang dah lama nak beritahu, tapi takut Hanim marah kerana abang merahsiakannya.”

            “tapi, segalanya dah tak bermakna lagi. Salah abang kerana terlalu lama merahsiakan perkara ini. kalau tidak, mungkin kita masih kekal bersama sehingga ke akhirnya. Tapi, dah terlewat, nasi dah jadi bubur. Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya kita dah tahu akan diri masing-masing sekarang”

            Hanim tidak dapat berkata apa-apa lagi. Hanya mampu merenung ke bawah tanpa berkata apa-apa. Benar, nasi dah menjadi bubur. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan tentangnya.

            “abang pergi dulu. Assalamualaikum” Azmi terus berlalu, hilang di celahan orang ramai di kompleks membeli-belah itu. Hanim masih terduduk di situ. Siapa sangka segalanya berakhir sebegini. Dia telah kehilangan orang yang paling disayanginya suatu ketika dulu. Sebak bila memikirkan akan hubungannya dengan Azmi setahun yang lalu. Namun, penyesalan di kala itu sudah tidak berguna lagi. Apa yang pasti, Azmi Ibrahim, pelajar perubatan tahun 5 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, seperti mana yang tertera di kad pengenalan Universitinya, tidak akan kembali lagi ke sisinya. Yang pasti, hidup harus diteruskan, dan Hanim memperolehi pengajaran dari apa yang dialaminya. Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain. Kerana hakikat yang sebenarnya tiada siapa yang tahu, melainkan Maha Pencipta yang mentadbir alam.

“PASTI

ADA

HIKMAH DISEBALIK APA YANG BERLAKU”. Baru Hanim memahami akan nasihat sahabat baiknya Azah sebelum ini.

************************************************

cinta = bas??

February 25th, 2007 by ganukite

Bismillah.. erm, aku baru teringat tentang satu blog yg pernah aku lihat dulu.. ideanya agak menarik, aku dah lama nak tulis balik dalam blog aku, tapi asyik terlupa je.. erm camni bunyinye….

"cinta adalah umpama sebuah bas… di kala kite sedang menunggu di perhentian bas,apabila sebuah bas datang, jangan lupa utk cuba menaikinya,walau seburuk mana pun keadaan fizikal bas tersebut. terus menuju ke destinasi, kite cuba lihat ape baik dan buruknye bas tu… adakah tempat duduk nye selesa? ade hawa dingin tak? bersih ke bas ke tu? andainye kite rasa ia sangat selesa dan bersesuaian dengan ape yg kite nak, maka teruskan lah perjalanan ke destinasi pilihan kite… andainya kita rasa ia menjijikkan, rimas, panas, x selesa, maka tekan saja loceng, berhenti di stesen seterusnya,dan tunggu bas lain pula, sehingga la kite jumpa bas yg sesuai utk kite meneruskan perjelanan hidup kita… begitula jua cinta.. apabila seseorang hadir dalam hidup kita,dan cuba untuk memikat hati, jangan terburu2 untuk menolaknya.. jangan hanya kerana die kurang dari rupa fizikal, kita anggap ia tak sesuai dengan kita…jangan!! bagi lah die peluang untuk kite mengenalinya dan untuknye mengenali hati budi kita, cuba selidiki latar belakang hidupnya terlebih dahulu agar kita lebih memahami dirinya… dan buka lah ruang untuk dirinya mengenali dan memahami diri kita… berfikir terlebih dulu agar kita tak menyesal di kemudian hari.. andainya selepas lama berkenalan, tau hati budi dan perangai pasangan kita, maka buat lah pilihan… adakah kita rasa die sangat sesuai untuk menjadi teman seperjalanan? adakah kite senang apabila dia di sisi? atau die suka menyakitkan hati dan sering memungkiri janji? andainye die sesuai, jangan berlengah lagi, lamar lah die @terimalah lamaran nye sekiranya die benar2 ingin menjadi pasangan hidup kita… andainye tak berkenan, maka jangan memalukan2 menghina die, sebaliknya dengan penuh adab dan hikmah memberitahu die tentang perkara yg sebenar, jujur lah kepada nye, moga2 dengan cara itu, tiada siapa yg menaruh rasa tak puas hati dan berdendam… sekirany die seorang yg sangat memahami,maka dia akan terima keputusan kita atas dasar kepercayaan dan keimanan… sesungguhnya cinta itu tidak akan hadir sendiri, bahkan kite perlu berusaha untuk memiliknya, dengan cara yg baik dan disenangi oleh Sang Pencipta…. dan Allah takkan menolong seseorang melainkan die berusaha terlebih dahulu"

hm, got it?? memang cinta kadang-kala melalaikan, kadang kala menyakitkan,dan kadangkala membuat kita sangsi akan kebenarannya, namun jika ia disulami takwa dan iman, berasaskan agama, berpandukan hukum, dan bertiangkan kepercayaan, percayalah ia amat indah di sisi manusia… tanpa rasa sunyi adam, hawa takkan tercipta,dan tanpa mereka, kita takkan lahir di dunia… dan sesungguhnya cintara antara lelaki dan perempuan adalh lumrah,maka capailah ia denga cara yg betul, bukan dengan cara yg salah.. sekiranya kite sudah berusaha, namun masih ada yg tak kena, maka berserah lah kepada Nya, kerna Dia lebih mengetahui ape yg terbaik untuk diri kita… (^_^)

ustaz mat nor sehat…

February 25th, 2007 by ganukite

bismillah… erm, aku tak pasti sama
ada ianya maklumat berguna utk korang
atau tidak… camni, mase raya cuti
cina yg lepas, aku balik terengganu..
nak dijadikan citer, malam isnin yg
lalu, aku rase terpanggil nak gi solat
isyak berjemaah kat masjid ladang…
mase aku sampai kat situ, org dah
start sembahyang dah… aku pun join
je la… waktu solat, aku prasan
bahawa suara imam pada mase tu macam
aku kenal je… nak tau sape? rupenye
Ustaz mat nor!!! rupenye die mengajar
kuliah maghrib mase tu.. (rugi btul..)
anyway, lepas solat, aku pun pgi la
jumpa die… borak2 jap ngan die,
kebetulan aku memang ade niat nak
melawat die sebab dengar citer die
masuk wad ari tu…aku pun tanya la
pasal kesihatan die sekarang ni… die
kate ok dah, sehat alhamdulillah.. ari
tu die masuk wad selama 8 hari sebab
kaki die tetibe je bengkak. doktor
cakap penyakit… erm… (hehehe, aku
lupe ah ape name die,ustaz dah bagitau
ari tu, tapi lupe lak, nanti aku
confirm kan balik) camtu la citenye…
aku sampaikan salam kawan2 yg kat luar
negara (matnor, kadir dan yg lain2)
kat ustaz, n ustaz pun kirim salam
kat semua la yg kenal die… aku
sempat borak sekejap je ngan die,sebab
ustaz ade hal skit lepas isyak tu….
so, tu je la nak habaq kat korang
semua, yg ingin mendengar berita
terkini dari ustaz Mat Nor… wokeh, adios… (^_^)

ade rezeki ke?

January 29th, 2007 by ganukite

bismillah…

erm, dah lame aku tak menulis kat blog ni… bukan ape, takde mase nak menulis panjang (untuk main ps2 ade la mase) hahaha… anyway, tinggal 2 bulan je lagi nak profesional exam… uih, kalau tak lepas, repeat year la jawabnye… tapi insyaAllah, aku mampu buat yg terbaik… untuk diriku dan juga masa depan aku, serta utk bonda tersayang…. hm, kalau lulus, alhamdulillah la, boleh gi holiday jauh2 ckit… gi mane ek? mesir kot? ke beijing? brape lame? 2-3 minggu ok? haha, ntah ape yg aku mengarut ni? tapi. kalau ade rezeki, boleh je… aku pun tak pernah lagi naik kapal terbang… memang org kampung btul ah… huhu…

well, doakan je la aku dapat go through exam tu, n masuk 3rd year plak… huh, 4 tahun  lagi….. kawan2 dah beranak bini, aku baru je nak start keje, jadi kuli plak tu…huhu

kalau ade rezeki la kan??? kalau la umur panjang… kalau tetibe mati esok lusa? ape cite? semua tu tinggal harapan… so, tak usah la terlalu mengharap, nanti hampa, menyesal, sedih…. the best thing is, just move on, appreciate what u have, n also people around u, coz who knows if there’s tomorrow for u… kal ho na ho (nak lirik ke? boleh je nak bagi…) (^_^)

Menanti Sebuah jawapan………

August 3rd, 2006 by ganukite

Aku tak bisa luluhkan hatimu

Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Seiring jejak kaki ku bergetar

Aku telah terpaut oleh cinta mu

Menyelusup hariku dengan harapan

Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku ingin memeluk mu

Mendakap penuh harapan

Untuk mencintaimu

Sesungguhnya aku akan terus menunggu

Menanti sebuah jawapan

Untuk memiliki mu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku

Semoga kau kan tahu isi hatiku

Dan seiring waktu yangg terus berputar

Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Sepenuhnya aku ingin memeluk mu

Mendakap penuh harapan

Untuk mencintaimu

Sesungguhnya aku akan terus menunggu

Menanti sebuah jawapan

Untuk memiliki mu

Aku tak bisa luluhkan hatimu

Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

huhuhu (^_^)

Bila Rindu (”,)

June 25th, 2006 by ganukite
Dikeheningan malam
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yang disayang
Bagaikan didepan mata
Kucapai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata….

Bila rindu
Terkenang mu sayang terasa sayu
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam
Jauh terbang diriku melayang
Aku rindu
Sentuhanmu ku rasa sayu
Inginkan jiwamu selubungi jiwa ini
Bawaku dalam pelangi
Lepasi sedar diri ini

Jauh angan ku lena
Ku rasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya kupendam rasa
Inginku luahkan semua.oh….

Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan suasana aman dan hormat menghormati
Ikhlas, kasih, sabar insyaAllah kita agar
Kita akan bertemu semula

Awan, bumi dan semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendiri
Kesepian yang menyelubunyi hari-hariku
Disajikan doa-doa bila rindu…

kasih seorang bapa… (selamat hari bapa)

June 11th, 2006 by ganukite

Bismillah…

 

Waktu itu, jam menunjukkan tepat pukul 9 malam. Saya akan memeriksa pesakit terakhir dari tingkat tujuh, wad 712. Ada pesakit baru yg dimasukkan ke situ petang tadi kerana serangan jantung. Di kepala katilnya tertulis nama “Abdullah”.

Ketika saya menghampirinya, dia teruja ingin tahu siapa yg datang tetapi akhirnya sayu tatkala mengetahui orang itu adalah saya. Saya letakkan stetoskop pada dadanya. Jantungnya bergerak pantas, perlahan, kadang2 tidak teratur. Abdullah mula bersuara, “doctor, boleh tak….”, dia terdiam sejenak. Dari kelopak matanya menitis butiran kaca. Lalu, saya sentuh tangannya menunggu dengan sabar dia meneruskan bicara.

Sayu hati saya melihat Abdullah menyekat air matanya. “boleh tak doctor telefon anak saya. Tolong beritahu dia, saya diserang sakit jantung. Saya tiada saudara lain”, ujarnya dengan nada suara yg tersekat2. “tentu sahaja saya akan menghubunginya. Pakcik jangan risau ya”. Abdullah menarik nafas lega. Kemudia raut wajahnya berubah seperti mendesak, “bolehkah doctor telefon sekarang? Seberapa segera yg boleh”.

“baiklah, saya akan menelefonnya dengan segera”, kata saya sambil menepuk mesra bahunya.Saya memadamkan lampu dan melihat Abdullah menutup mata dari wajah yg berusia 50 tahun itu. Tiba di pintu, Abdullah memanggil saya lagi, “Doktor, boleh berikan saya pen dan kertas?”

Berdasarkan borang maklumat pesakit, saya mendapatkan nombor telefon anak Abdullah dan terus menelefonnya. “Assalamualaikum Adam. Saya Dr. Faizal dari hospital. Ini berkenaan bapa saudara. Dia dimasukkan ke hospital kerana mendapat serangan jantung dan…” “hah? Tidak!!!” jeritan Adam buatkan saya terkejut. “abah tidak tenat kan? Doctor, tolonglah, jangan biarkan dia pergi dulu”, suara Adam kedengaran sungguh sedih. “ insya-Allah, dia berada dalam keadaan yg baik sekarang”.

“ doctor tidak faham. Abah dan saya sudah lama tidak bercakap. Pada hari ulangtahun kelahiran saya yg ke 21, kami berselisih faham mengenai teman wanita saya. Saya terus meninggalkan rumah”.“saya kesal kerana terlalu menurutkan kata hati. Hati saya meronta2 ingin bertemu dengannya. Kalau boleh, saya ingin bersujud dikakinya memohon maaf kerana kalimat terakhir yg saya katakana kepadanya adalah ‘saya bencikan abah!’ “. Saya jadi sebak mendengar Adam menangis teresak2. seorang ayah dan anak, masing2 sangat kehilangan, sehingga membuat saya memikirkan ayah saya yg jauh.

“saya akan sampai dalam masa setengah jam”, katanya. Saya berusaha menyibukkan diri tetapi masih tidak dapat memberikan tumpuan. Apa yg saya tahu, bilik 712! Tiba2 ,” kod 99, bilik 712, kod 99”, pemberitahuan itu bergema menerusi alat pembesar suara hospital Abdullah! Saya terus meluru ke biliknya. Saya memeriksa denyutan nadinya. Tidak ada! Abdullah mendapat serangan jantung yg kedua! Kejutan elektrik kardioversi yg dilakukan juga tidak berhasil. Abdullah sudah tiada lagi.

Beberapa org jururawt menanggalkan topeng oksigen dan alat2 lain dari badan Abdullah. Kemudian satu persatu beredar meninggalkan bilik 712.yg tinggal Cuma saya yg tergamam.”bagaimana aku nak berdepan dengan anaknya, Adam. Keluar dari bilik tersbut, saya melhat seorang pemuda cuba ditenangkan oleh jururawat. Dia menekup muka dengan penuh penyesalan, menangis. Saya pasti itu Adam.

“maafkan saya Adam”, selepas seketika duduk di sebelahnya. Suasana sepi seketika.

“saya tidak penah membencinya” Adam bersuara. “bahkan saya amat menyayanginya..” perlahan kami berjalan menuju ke katil Abdullah. Adam merangkul kaki ayahnya sambil tidak henti2 memohon maaf. Saya ternampak sehelai kertas di atas meja di sebelah katil, kertas sama yg saya berikan kepada Abdullh sebentar tadi. Saya mengambilnya. Ia penuh dengan coretan yg sangat indah.

“Adam, anak abah yg tersayang. Abah memaafkanmu. Abah berdoa agar engkau juga memaafkanku. Abah tahu Adam menyayangi abah, bukan? Abah juga amat menyayangimu nak – abah”

Kertas itu membuat tangan saya bergetar ketika menyerahkannya kepada Adam. Adam terus membacanya, wajahnya perlahan2 bersinar2, kedamaian mula terpancar dari matanya. Kemudian dia memeluk kertas tersebut, diciumnya bertalu2.

Di luar jendela, beberapa bintang kelihatan bersinar di kegelapan malam. Saya meninggalkan Adam, menuju ke bilik saya. Lalu saya capai telefon, terus mendail nombor telefon rumah ayah. Ingin saya katakana kepadanya betapa saya amat menghargai jasa2nya membesarkan saya selama ini.. “saya sayang ayah”

Bilakah kali terakhir kamu menghubungi ayah, bertanyakan sakit pening serta makan minumnya? – Mingguan Malaysia, bahagian kesihatan mukasurat 28, 11 jun 2006

p/s: terdapat sedikit perubahan yg dibuat pada karya asal cerpen pendek ini atats sebab2 tertentu. Harap maklum (^_^)

rahsia sebuah cerita..

June 11th, 2006 by ganukite

Bismillah…

"alhamdulillah, ct selamat diijabkabulkan dengan yusry.. ceria sungguh wajah pengantin baru ini di atas pentas persandingan…masing2 menyarung cincin di tangan pasangan.. ct pun mencium tangan suaminya… majlis begitu meriah, dihadir saudara mara dan rakan taulan, riuh rendah dengan ketawa dan usik-mengusik orang ramai yg menghadiri majlis perkahwinan itu.. kedua2nya tersenyum malu …

malam itu,ketika sibuk membuka hadiah2 yg diterima, ct ternampak satu kotak hadiah yg dibalut dengan pembalut berwarna biru terletak di suatu sudut, terasa bagai ia memanggilnya utk dibuka… ct mengenepikan hadiah2 yg lain, mengambil kotak tersebut… adiknya yg turut berada di situ memberitahu, hadiah tu datang dari seoang perempuan yg dating sebelum majlis ijabkabul berlangsung, memperkenalkan diri sebagai saudara kenalan yusry… ct pun membuka hadiah tersebut, dan buat seketika, die tergamam apabila melihat isi kandungan kotak itu diambilnya satu persatu, diteliti, tanpa menyedari suaminya semakin mendekatinya…..

tatkala itu,yusry, yang baru selesai membantu keluarga mertuanya membasuh pinggan, menghampiri ct utk menolong membuka haidah2 yg lain.. yusry menegur ct, tapi tiada respon diberikan kelihatan ct sedang khusyuk melihat sesuatu yg berada di tangannya…yusry kehairanan..

"kenape ni?" tanya yusry, cuba untuk memulakan perbualan.

tak dibalas pertanyaan itu… ct hanya berdiam diri.. yusry cuba melihat wajah ct… terkejut!! kelihatan ct sedang menahan esakan… air mata mengalir deras membasahi pipinya… yusry tergamam, mula mengesyaki jika ada sesuatu yg berlaku di luar pengetahuannya.. yusry menjenguk kepalanya, dan dia ternampak kotak yg berada di depan isterinya itu… alangkah terkejutnya yusry apabila menyedari akan isi kandungan kotak itu, dan dia ternampak sesuatu yang digenggam erat oleh isterinya, sesuatu yg amat dikenalinya.. lantas yusry memegang bahu ct,

" ct, abg boleh terangkan segala2nya.. percayalah pada abg, ade perkara yg perlu abg jelaskan tentang semua ini.." yusry merayu, mohon diberikan peluang utk memberi penjelasan…

lantas tangan yusry ditepis.. ct mmenoleh dengan wajah yg penuh kecewa, terus meluru ke dalam biliknya, mengunci dan mengurung dirinya keseorangan.. die tak sanggup menerima semua ni, keraguan mula timbul dalam hatinya..dilihatnya sekali lagi ke arah sekeping gambar yg digenggmanya.. kelihatan yusry sedang merangkul seorang wanita dengan penuh mesa… ct mengoyakkan gambar itu.. dirinya sudah tidak percaya lagi… terasa dirinya ditipu oleh lelaki yg paling disayangi, suami yg baru dinikahi petang tadi.. air mata mula bercucuran…
yusry termenung di depan bilik mereka, cuba memanggil ct, agar die boleh menerangkan segalanya.. saat itu die mula menyesal… sambil memandang ke kotak hadiah tadi, yg penuh berisi dengan surat2 dan gambar2 mesra antara yusry dengan seorg wanita…segala2 yg meruntuhkan hati isterinya…sedangkan disebalik semua kisah
itu, tersembunyi satu kebenaran dan hakikat yg harus diketahui isterinya…"

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Tiba2, deringan telefon memecah kebuntuan, tatkala seluruh ahli keluarga mak munah sedang nyenyak tidur… mak munah bangun dari tidurnya, menuju ke ruang tamu dan mengangkat telepon. Kedengaran suara seorang perempuan di hujung talian. Mak munah mendengar dengan teliti apa yg cuba dibicarakan oleh wanita itu.

“macam mana ni mak munah? Kesian saya tengok si yusry tu” kata wanita tersebut.

“dah cuba jelaskan pada ct?” tanya mak munah.

“yusry dah cuba dari pukul 10 tadi lagi, tapi dia tak nak dengar. Ct kurung diri dalam bilik” jelasnya.

“ cuba nor pulak yg terang kat dia. Telepon la ct tu, mungkin dia akan dengar cakap nor. Dia kan rapat dengan nor” balas mak munah.

“ nor dah cuba call, tapi dia tak nak angkat.. macam mana ni mak long?” jawab wanita yg membahasakan dirinya nor.

“macam ni la, nor cuba lagi. Kalau dia tak angkat jugak, esok kita pergi rumah tu. Yusry macam mana?”

“ tak tau la mak long. Dari suara dia, macam menangis je adik saya tu”

“ nor cuba lagi telepon ct tu, mana la tau kalau dia dah sejuk sikit sekarang ni.. kalau tak jugak, kita pikir la apa yg patut esok, ye?”

“ baik mak long”, jawab nor, dan terus menutup panggilan..

Telepon bimbit ct berbunyi lagi. Dilihatnya pada skrin telepon, tertera nama nor padanya… ct terus tidak mengendahkan handphonenya…telepon terus berbunyi beberapa kali.. selepas beberapa ketika, ct mengalah. Diangkatnya telepon tersebut. Di hujung talian, nor mmujuk ct supaya mendengar penjelasan yg patut ct tahu sebelum menghukum yusry. Suatu kisah yg ct harus tahu mengenai suaminya itu…

Yusry adalah anak ketiga hasil perkongsian hidup salimah dan embong. Dia anak seorang anak yg sangat baik dan sentiasa menurut kata ibu bapanya. Selepas tamat pengajian dalam jurusan akaun di sebuah universiti tempatan, yusry mengambil kursus perguruan lepasan ijazah, dan setahun kemudian, mula berkhidmat sebagai seorang guru di kuala Lumpur.

Namun, sejak mula mengenali seorang gadis bernama suhana, hidupnya mula berubah. Yusry yg bersopan santun mula berubah menjadi seorang anak yg tidak ikut cakap ibu bapa, malah mengherdik dan menggunakan kata2 kesat kepada kedua ibu bapanya. Banyak masa dan wang dihabiskan utk mengiburkan suhana, malah yusry sanggup membuat pinjaman bank sebanyak RM 25000 dan diserahkan bulat2 kepada suhana. Wajah yusry makin hilang sinarnya, dan perlakuannya semakin hari semakin melampau. Hingga ada satu ketika, habis semua barang di rumah dipecahkan gara2 ibunya enggan memberikan sejumlah wang yg banyak kepadanya, kerana si ibu tahu duit itu pasti dibelanjakan utk kemewahan suhana. Apabila kedua ibu bapa yusry cuba utk bertemu dengan suhana utk membincangkan perkara ini, suhana lantas menolak. Malah dia mencemuh, memaki dan menghina keluarga yusry sepuas2nya. Sedangkan yusry hanya membisu, membiarkan keluarganya diaibkan di depan matanya sendiri.

Ibu yusry cukup sedih apabila berdepan dengan masalah ni. Dia tak tahu lagi apa yg harus dilakukan. Dia pun menghubungi mak munah, kakak sulungnya utk mendapatkan nasihat. Mak munah yg tak sampai hati melihat perkara ini berterusan membawa mereka bertemu dengan che su, seorang wanita berusia 50an utk melakukan rawatan tradisional. Daripada che su, baru lah mereka mengetahui bahawa yusry telah dishir oleh perempuan terbabit. Yusry telah diberi ubat guna2 sejak awal perkenalannya dengan suhana, menyebabkan dia menurut segala kemahuan gadis licik itu.

Lantas langkah pencegahan terus diambil. Yusry di bawa berjumpa dengan che su, dan selepas beberapa kali melakukan rawatan, baru lah yusry kelihatan seolah2 baru sedar dari lamunan indahnya. Yusry mula menyesali atas apa yg berlaku, memohon maaf berulang2 kali kepada ibu bapanya atas perbuatan derhaka yg dilakukan. Yusry mula menjauhi suhana, dan gadis itu menyedari bahawa ilmu hitamnya sudah dipatahkan. Namun, dia tak berputus asa, malah terus cuba dan mencuba utk menarik yusry kembali ke pangkuannya. Malah, suhana bertindak mengganggu kehidupan mereka sekeluarga, mengugut dan memaki mereka sepuas2nya. Sejak itu, yusry kerap kali menukar no telepon utk mengelakkan diri dari gangguan suhana, namun tidak berjaya. Apatah lagi, apabila mengetahui yusry akan berkahwin, suhana terus bertindak liar dan cuba mengganggu perkahwinan ini.

Ct bagaikan tak percaya dengan apa yg didengarinya. Sehinggakan perkahwinan ini pun dirahsiakan? Patutlah pihak keluarga pengantin lelaki meminta supaya majlis ini tidak digembar-gemburkan,rupanya utk mengelak daripada perkara yg lebih buruk berlaku.

“ct bayangkanlah, kami sekeluarga terpaksa keluar dari rumah sebelum subuh pagi tadi, utk mengelak daripada suhana mengekori kami ke rumah pengantin perempuan. Kami menetap sementara di rumah saudara sebelum bertolak ke rumah ct petang tadi. Ingatkan dia takkan dapat ekori kami. Tak sangka pula, suhana telah mengetahui lebih awal, bahkan datang ke rumah ct sebelum ijabkabul berlangsung” jelas nor.

“ kami mintak maaf, bukan sengaja nak merahsiakan perkara ni dari pengetahuan ct. kami takut kalau ct menolak perkahwinan ni selepas mengetahuinya. Yusry memang suka kat ct, kalau tak buat apa dia kawin dengan ct. kami takut kalau ct tolak perkahwinan ni, yusry akan patah hati dan mungkin pada waktu itu, suhana akan cuba menjeratnya kembali. Kami tak mahu itu berlaku”

Ct mendengar dengan teliti. Rasa kasihan mula terpancar dari riak wajahnya. Dia tak menyangka yusry pernah mengalami kejadian seperti itu. Hatinya makin lembut. Barulah dia memahami segala apa yg berlaku.

“ct, kak nor harap ct akan dapat terima yusry dengan sepenuh hati.lindungilah yusry, sayangi lah dia. Kak nor tak sanggup melihat adik akak tu terus terseksa. Dah banyak lamaran kami ditolak sebelum ni, dan yusry pun dah mula putus asa. Nasib baik ct sanggup terima dia.. seitdak2nya, keyakinan kendiri yusry akan pulih. Ct, kak nor mintak tolong ye?” rayu nor,agar hati ct terbuka utk menerima yusry kembali.

Ct mengiyakan dengan suara perlahan. Telefon pun dimatikan,dan lantas ct menuju ke pintu biliknya. Di buka pintu itu, kelihatan yusry sedang termenung di sisi pintu itu. Melihat ct di pintu, yusry segera mendapatkan tangannya, mengucup kedua tangan isterinya dan memohon maaf atas kesilapannya merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan isterinya yg tercinta itu. Ct melemparkan senyuman manis ke arah suaminya, memohon maaf akan sikapnya yg terburu2 tanpa mendengar penjelasan yg cuba diberikan…. THE END..

Sori lambat post citer ni… al maklum la, diri ini seorang yg amat malas…sori la kalau jalan cite ni agak teruk, aku dah takde idea utk membolehkan ia menarik di baca… erm, utuk pengetahuan semua, ini adalah KISAH BENAR, bukan sengaja aku reka utk dimuatkan dalam blog ni… ini kerana ia adalah berkisarkan tentang saudara dekat ku sendiri… well, itu terpaksa dirahsiakan apa hubung kait aku dalam cerita ini… thankas for those who reply my message and help me by giving their respond.. thanks ya!!! (^_^)

persahabatan dan cinta…..

May 27th, 2006 by ganukite

Bismillah…

Persahabatan dan cinta umpama api dan bayang-bayang. Bayang-bayang (cinta) terhasil dengan wujudnya api (persahabatan). Tiada apa pun yg dapat memisahkan mereka. Namun, bayang-bayang (cinta) boleh menjadi malap, biasa atau istimewa, bergantung kepada sejauh mana terangnya api (persahabatan) yg terhasil. Bayang2 yg pudar (cinta yg terumbang-ambing) akan terhasil andainya api yg tercipta malap (persahabatan tidak kukuh), begitu juga sebaliknya. Api yg malap mungkin disebabkan beberapa factor, antaranya bekalan oksigen yg kurang (kurang persefahaman dan keserasian), angina yg bertiup (hubungan dingin kedua pihak) atau bahan bakar yg digunakan tidak sesuai (tiada keikhlasan dalam persahabatan). Lama kelamaan, sekiranya faktor2 ini berterusan, api yg malap mungkin akan padam (persahabatan terputus) dan secara tidak langsung, bayang2 terus lesap dari penglihatan (putus cinta). Harus diingatkan, cinta berputik selepas persahabatan terjalin, dan tanpa persahabatan yg kukuh, cinta sejati takkan lahir dan hadir dalam jiwa. Itulah cinta sesama manusia, makhluk yg dicipta untuk menjadi peneraju dunia.

Jangan salah faham dan sempit pemikiran. Cinta yg dimaksudkan bukan hanya persaan kasih dan sayang antara 2 jantina berbeza semata2, bahkan cinta di sini juga merujuk kepada hubungan kekeluargaan, sahabat, guru, dan masyarakat… andainya kita mahukan cinta (kasih sayang) terjalin erat dalam sesuatu keluarga, tidak dapat dinafikan persahabatan perlu diwujudkan, antara suami isteri, ibubapa dan anak, serta antara adik-beradik. Antara 2 sahabat, sama ada sama atau lain jantina, hubungan persahabatan yg kukuh akan membentuk persefahaman yg baik, dan cinta (rakan karib) akan terus berputik dan mekar, melahirkan sahabat yg sanggup bersusah payah mengharungi rintangan bersama..

persahabatan harus dijalin antara guru dan pelajar, supaya cinta (menghormati) wujud dalam jiwa mereka. Si guru bekerjasama dengan pelajar dalam melahirkan insane yg cemerlang, manakala cinta yg hadir dalam hidup pelajar2 mengajar erti sebuah penghormatan dan pengorbanan seorang guru yg tak penah terbalas, supaya mereka akan terus menghargai penast susah payah mereka. Sekiranya masyarakat dihubungkan dengan persahabatan, tidak mustahil mereka akan berjaya membentuk satu cinta (persefahaman) dalam diri mereka, yg akan mengajar mereka erti hidup dengan masyarakat majmuk, terus bersatu tanpa mengambil kira latar belakang budaya dan agama…

dan jika cinta antara dua insan yg akan mengharungi hidup bersama hingga ke akhir hayat, jika cinta itu yg diinginkan, maka jalinkanlah sebuah persahabatan yg utuh, supaya andainya terdapat penghalang dalam liku2 perjalanan hidup mereka, maka ia akan berjaya ditempuhi bersama, berganding bahu menyelesaikan misi, dan selepas mengharunginya, persahabatan yg terjalin kian bertaut, dan cinta sejati yg diinginkan terus bersinar, memancar dan menyuluhi pintu hati mereka, 2 insan yg berjanji setia. (^_^)