Archive for February, 2006

satu cite di bulan september

Thursday, February 16th, 2006

erm… ni crite lame sebenarnya… bile aaa…. ah, mase aku nak balik kampung bulan 9 lepas… gini citenye…..

mase tu, aku tgh naik STAR lrt ke pwtc… maklum la, org miskin cam aku ni naik bas je, kapal terbang sori maa!!!! xde fulus… back to my story… aku nampak satu couple, eh… silap. pasangan suami isteri le… aku tak perasan bile diorang masuk, maybe sebelum aku, diorang dah ade kot… aku perhati la diorang ni…

erm, aku tengok kat si isteri… baik sangat, pakaian menutup aurat, berudung labuh…. pakai baju kurung…. n paling penting… bagi aku laa… agak comel n cantik la kot… tak tau korang camne kalau ade kat tempat aku mase tu…. wah, dalam hati aku dah berdetik, kalau dapat bini camni kan bagus… (hahaha, pikir jangka masa panjang betul…) then aku tengok kat si suami lak… erm… aku tak nak komen ape… mengingatkan aku pada satu perumpamaan yg dikeluarkan oleh budak course aku… korang tau tak ape tu domino? ala, yg ade titik2 kat hujung die tu… ha, cam tu la, ibarat domino yg tak dapat diserasikan…5 titik bertemu ngan 3 titik..mane leh main maa…. camtu la perumpamaanya dalam kes ni… si suami tu, berkulit gelap… paras rupa takde la… senang cite… tak match ah kalau korang tengok sebelah mata…

aku pun  berfikir la, camne diorang leh kawin ah? si lelaki ni pakai ilmu ke ape? ye la, secara fizikalnya tak match la kot…tapi rapat sangat…. si lelaki tu layan ngan baiknya, pompuan tu lak ngan ayunya…. hmmm aku pun terus ngan pemikiran aku ni.. sampai kat satu stesen… diorang ni nak keluar…. mase tu baru la aku realize satu bende ygaku tak pernah sedar sebelum ni….. si isteri menghulurkan tangannya, cuba menggapai sesuatu… then, si suami menyambut tangan si isteri dan memimpin nya keluar dari lrt…. ya Allah, mase tu baru aku perasan… isterinya seorang yg buta…. dan die bergantung sepenuhnya terhadap si suami utk menunjukkan die jalan…. mase tu baru aku sedar bahawa sememangnya si suami layak utk berada sebelah isterinya yg cantik tu…. walaupun rupa takde, tapi die sorang yg amat berlembut dan melayan baik si isteri.. tak pernah die merungut sepanjang perjlanana tu akan kekurangan si isteri… sebaliknya, die cuba sebaik2nya utk menggembirakan isterinya.. menceritakan segala apa yg dilihat kepada isterinya…. seolah2 menjadi sepasang mata untuk si isteri melihat dunia…

mase tu, aku relaize diorang memang secocok… seperti ayat dalam al- quran yg bermaksud, " dan wanita yg baik adalah untuk lelaki yang baik" (camtu la lebih kurang maksudnya)… hm, aku tersenyum sendirian… betapa Allah maha Pencipta menciptakan makhluk-Nya dengan penuh keistimewaan…. dan aku juga tersenym sendirian… adakah aku akan senasib ngan lelaki tu… aku mengaminkan doa moga aku dipertemukan jodoh denagn wanita sebaik dan sesoleh itu, walaupun die mempunyai kekurangan yg lain… biar lah si wanita ade cacat cela, asalkan iman terjaga dan agama dituruti… kau akan bahagia….. (chewah… jiwang lak>… hahaha)… -fin-