Archive for March, 2006

insaf…???

Thursday, March 30th, 2006

bismillah…

erm, exam final tinggal seminggu  lebih lagi.. tapi aku, still tak berubah.. asyik study last minute… ape nak jadi ngan aku ni? bile study je, baru masuk 10 minit, dah start menguap, amik bantal, baring atas katil, tup tup… dah sampai pagi…

anyway, tu la ape yg terjadi kat aku, baru je tadi… tgh revise pasal anatomy (sebab esok aku kena present), menguap plak dah… terus amik bantal… tgh syok nak melabuhkan tirai mata.. tetiba dengar kata2 seorang housemate yg berhati mulia, cuba utk menaikkan semangat aku… "im, ingat kat mak bapak ko  kat umah" tersentak aku, betapa aku terbayangkan mak yg kat rumah sentiasa mendoakan kejayaan anaknya, tanpa mengetahui batapa malasnya anaknya nak mengulangkaji kat hostel…ayah ygpenat lelah membantu sediakan ape yg patut utk pembelajaran anaknya, tapi ape si anak buat? study 5 minit, ngantuk, tido… bangun makan… tu je yg die tau… terus aku bangun, memulakan langkah utk bertanyakan kawan satu soalan yg membuntukan fikiran aku sampai nak tertido buatnya… terjumpa si usop… "cop, boleh ko terang kat aku tak pasal lymphatic drainage of the breast??"

"boleh, boleh… terbahagi pada dua, medial dan lateral… bla…bla…" begitu la penerangan pnjang lebar dari si usop… ooo, baru aku paham… pastu ternampak la laptop abu tengah on, aku pun dengan gatal tangannya buka internet explorer, chek emel jap… n sekarang aku kat sini, menaip post utk blog… 20 minit telah berlalu… exam tinggal seminngu lagi…???

Ya Allah, ape aku buat ni???? study study…(tapi aku still kat depan laptop utk menghabiskan post ni…..)

susah sangat ke nak basuh semua sekali???

Sunday, March 5th, 2006

Bismillah….

manusia akan berubah… that’s for sure… tapi ape yg mendorong die berubah? Parent, adik beradik, kawan, kekasih, keadaan persekitaran atau diri sendiri? well, senang cakap, kalau kite berubah kerana sumthing, insyaAllah benda tu takkan kekal lama, EXCEPT… kerana diri ko sendiri… trust me…kalau ko berubah utk org lain, benda tu takkan kekal… cthnya… kalau ko berubah dari pemarah jadi penyabar atas permintaan kekasih ko, ko hanya akan jadi penyabar bile kat depan dia, belakang die, ko macam singa lapar nak ngap mangsa nya… betul tak? n etc… betul, tak caya tgk la kat diri korang sendiri…aku percaya, coz benda tu berlaku kat diri ku sendiri…. kalau berubah kerana org lain, memang akan balik kepada asal punye la… tapi kalau aku berubah untuk dir sendiri, ia akan kekal, insyaAllah…. kalau ko berhenti merokok atas permintaan kawan dan isteri, ko akan kembali pada tabiat lama bile diorang takder…. tapi kalau ko berhenti merokok atas kesedaran ttg bahaya rokok, confirm ko tak kan hisap lagi lepas tu, insyaAllah….

kalau ko berubah sebab org lain, other word to define it is, YOU ARE HYPOCRITE!!!! kite, adalah kie, bukan org lain… biar ape org kata, asalkan benda g kite buat tu betul, istiqamah la… kalau tak betul, amik pengajaran dan cuba berubah utk diri sendiri, bukan sebab org tegur… kite adalah manusia yg dianugerahkan akal utk berfikir, so use it wisely…

hm, sebanarnya… aku tak puas hati la skit kat org yg suka sound aku… cam, sound aku suruh basuh pinggan yg kau guna, sedangkan die punya pun kadang kala tak terbasuh… naik fedup aku…. susah sangat ke nak basuh pinggan yg bertimbun kat sink? alang2 basuh yg ko punye, basuh la semua sekali… ni tak, basuh yg die pakai je, pastu tinggal camtu je yg lain tu… ape, susah sangat ke nak colet sedikit axion and berus pinggan tu… sekali sekala ape salahnya, takkan sesama kawan pun berkira…. memang aku tak nafikan, aku basuh pinggan lambat sket, kadang lepas 2,3 jam baru aku basuh… tapi kalau aku basuh aku punya, aku nampak ade lagi yg tak terbasuh, aku basuh semua sekali… tak tinggal satu pun kat dalam sink tu… tu tabiat aku, alhamdulillah, abg aku dah terap benda baik kat dalam diri aku ni… tapi aku still tak leh tahan ngan perangai org yg camtu… ape, susah sangat ke nak basuh semua sekali ha? susah cam nak daki gunung everset? cam nak panjat bangunan 14 tingkat… adoi, pening la nak layan…. fedup tul!!! (’X')

p/s: lupe lak, aku terguna bahasa pelik skit… basuh pinggan tu maknanya cuci pinggan… harap korang paham bahasa ganu aku ni… [ 9 days to go] (^_^)

doa seorang sahabat…..

Sunday, March 5th, 2006

Bismillahirrahmanirrahim… .

Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,Kurniakanlah kesihatan yang baikpadanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaan
dan kecemerlangan hidupdi dunia dan akhirat kelak.

Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain.

ape yg aku mengarut ni????

Wednesday, March 1st, 2006

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

erm,insyaAllah lagi 2 minggu aku exam… huhu, study tah ke mana…. tak tau la…. study tu study… tapi, fikiran still cam kosong…. tak tau ape2 bile lecturer tanya soalan….camne ek? anyway… tu bukan isi pertama aku… just tadi blur nak tulis ape….

minyak naik lagi!!!! hai, susah btul la… nasib baik la aku ni pakai motor je… tak la terase sangat… nath la, kerana minyak naik… hampir semua benda nak naik…. memang betul kerajaan dah tolong sebaik mungkin… but still, rakyat terapksa tanggung gak… kalu dulu 3 ringgit dah cukup utk penuhkan tangki minyak motor… sekarang 5 ringgit belum tentu penuh maa… nasib baik la pergi kuliah ade bas… jimat kos sara hidup…..

dalam pada itu, timbul la pasal jalan 2 alternatif utk kurangkan kos belanjawan rakyat… aku pun tak tau mane la pasal hal ni….tapi, rasenya tak der impact lagi la kot  setakat ni…. nanti la dah kerja n berumahtangga… baru la ade mase utk diluangkan memikirkan masalah negara ni…. tu pun kalau masih hidup lagi…  insyaAllah…

satu lagi benda yg aku nak luahkan kat sini…erm….ape ha? aisey , blurr lagi… sori la, aku ni sekejap blur, sekejap ingat balik…. ha, pasal cinta ni…sejak kebelakangan ni, bahnayk la aku dapt buletin atau ape je la pasal bab ni….hm, agaknya kawan2 yg sebaya aku dah matang kot… maklum la, dah 21 tahun…. dah leh mengundi… tapi……something wrong la…i don’t know about my feelings, but still…. ape ha aku nak cakap ni? watever… kepada yg tgh bercinta tu, cinta2 jugak, jangan sampai lupa tanggungjawab kite sebagai anak kepada ibu bapa dan jug sebagai pelajar kepada universiti, dan juga sebagai pejuang bagi ummah Islam… jangan sesekali dibuai hanyut oleh cinta dunia tu… pandai la korang jaga diri masing2…. me? sori, stil single….hahaha…. k lah, aku blah lu…

Assalamualaikum warahmatullah… (^_^)