Apabila Allah tarik salah satu nikmatnya…
Wednesday, April 5th, 2006Bismillah…
Ehem, camne nak mulakan cerita yg penuh tragis ni.. ok, camni, jumaat lepas (31/3), lebih kurang pukul 6.20 petang, beberapa org kawan aku ajak aku main futsal cam biasa. Kitorang biasa la main futsal, atau lebi tepat street soccer waktu petang2 camni kat parking lot berdekatan asrama. So, aku dengan segera mengiyakannya, walaupun pada mulanya aku rasa tak sedap hati skit. Kerana sebelum tu, pada waktu tengah hari tu, hujan turun, so permukaan lantai parking lot tu maybe ade yg basah kena tempias hujan… tapi, bila pikir kawan aku dah ajak, aku pun setuju main je… memang dah jadi prinsip hidup aku, “jangan hampakan org lain,sebab aku sendiri tak nak permintaan aku dihampakan”.. bila org mintak tolong ngan aku, ape2 je kalau aku mampu, insyaAllah aku tolong… kawan2 ajak main bola ke, futsal ke, walaupun waktu tu aku demam atau selsema, aku tetap gagahkan diri utk pergi main, sebab org dah ajak aku, aku akan ikut jugak… dan seperti yg aku kata, aku tak suka permintaan aku dihampakn, sebab tu biasanya kawan2 yg ajak main bola, bukan aku. Ade kawan2 yg kadang2 tak nak main bola atas alasan2 tertentu, n aku tak suka dengar alasan2 tu… sebab tu aku tak ajak kawan2 main bola, even dalam hati aku nak amat2 sangat nak main bola waktu tu.
So, nak dijadikan cerita, aku pun main la cam biasa kat parking lot tu, dengan 4 org lagi kawan aku, apos, jatak, ajes dan dekmi. Bilangan tak cukup, so main 2 lawan 2, sorang jadi reserve. Tgh syok main tu, ade la bola yg terlepas dan aku pun berlari mendapatkan bola tanpa aku sedari bola tu menuju kea rah tempat yg sedikit berlumut dan basah… bila aku dah dekat dengan bola tu, tetiba aku hilang imbangan badan dan tergelincir, kaki kanan aku sedikit berlipat, atau dalam bahasa medic, hyperinversion. Kaki aku terlipat ke arah dalam, dan tak sampai sesaat, aku terdengar bunyi sesuatu benda patah.. “krakk”.. aku terus terbayangkan keadaan kaki aku waktu tu dan, aku dah tau ape yg berlaku. KAKI KANAN KU PATAH!!!!
Tatkala tu jugak aku meraung kesakitan, kawan2 mula datng mendapatkan aku,
cuba membantu ape yg mampu..kasut ku di longgar dan dibuang berserta dengan stoking, ajes cuba melihat pada kaki ku. “tak patah kot,maybe terseliuh saje”, katanya, utk menyedapkan hati… tanpa membuang masa, apos pergi mendapatkan dr hisham, pensyarah merangkap pengetua kolej kediaman kami kat kondominium cancellor ni. Dekmi dan jatak cuba memapah aku dan membawa aku ke lobi kondo tempat aku menginap. Kemudian, dr hisham yg baru pulang dari bersiar2 segera datang ke arah ku, melihat keadaan kaki ku, dan dengan pastinya, “paling kurang pun fracture”, katanya. Dia kemudian meminta kawan2 memapah ku balik ke rumah terlebih dahulu utk mandi, makan sebelum dibawa ke hospital utk rawatan…
Malam tu, aku menelefon keluarga dan memaklumkan keadaan aku waktu tu. Aku sedikit gementar dan takut kerana aku bimbang mak aku yg berpenyakit kencing manis dan darah tinggi tu mungkin akan terjejas kesihatannya apabila dimaklumkan berita ni. Tanpa aku sedari, aku menangis kerana aku telah membuat hatinya bimbang dan gelisah… aku ulangi, aku menangis BUKAN sebab sakit, TAPI sebab bimbangkan mak aku, ok? (saje nak tegaskan, takut ade yg berbunyi "ala, tak laki ah nangis") selepas isyak, dr hisham bersama isterinya membawa aku ke hospital UKM utk mendapatkan rawatan lanjut. Aku ditemani ajes dan amru. Selepas melihat x-ray kaki aku, doctor yg bertugas memaklumkan tulang fibula aku patah dekat dengan pegelangan kaki aku, atau lebih tepat, “you got oblique fracture at distal end of fibula”…camtuu la lebih kurang cakap omputihnya. Bukan tu sahaja, ade chip fracture atau serpihan dekat thalus aku (salah satu tulang yg membentuk kaki, kat bahagian atas sekali, ni utk makluman org yg tak tahu pasal thalus).. dan juga, joint kaki aku ni ade terkeluar skit, atau lebih tepat dengan perkataan “subflexion” (kalau tak silap la). Patah yg aku alami ni dikategorikan sebagai “B” atau “weber B fracture”, berdasarkan surat doctor. Aku dimasukkan ke dalam wad trauma di HUKM, dan aku telah dijadualkan utk menjalani pembedahan utk “plating the right fibula & syndosmatic screw” (plat besi akan diletakkan dekat tulang fibula aku dan skru dipasang utk lekatkan tulang fibula dengan tibia).
Dalam masa yg sama, ayah dan 2 abang aku terus bersiap dan bertolak ke
kuala Lumpur utk melihat keadaan aku… mereka sampai lebih kurang pukul 5 pagi di KL. Mereka datang melawat aku, dan setelah perbincangan dilakukan, mereka bersepakat utk membawa aku balik ke kampong utk membuat rawatan tradisional.. keluarga aku lebih percaya rawatan tradisional berbanding pembedahan, dengan erti kata lain, kalau boleh, pembedahan adalah jalan yg TERakhir utk selesaikan sesuatu masalah. Aku hanya menurut kata mereka,kerana aku tau takde guna lawan cakap diorang, confirm aku kalah… tapi aku sendiri lebih senang dengan teknik urut berbanding bedah, dan aku percaya kat seorang tukng urut yg aku memang dah kamceng sejak dulu lagi, maklum la anggota badan ni selalu je ade yg terseliuh, semua disebabkan main bola.. hehehe
Selepas mendapat surat kebenaran doctor (walaupun sebenarnya tak boleh dikeluarkan, tapi atas risiko sendiri), keluarga ku membawa kau pulang ke terengganu.. aku pun pergi mengurut, dan demi Allah, sakitnya 5 ,6 kali ganda lebih sakit berbanding masa aku patah hari tu…Alhamdulillah,tulang fibula aku tu berjaya dirapatkan,dan menurut kata tukang urut tu, dah takde masalah, Cuma bengkak kat kaki aku ni mungkin lambat skit sembuh.
Then,aku dihantar semula ke kuala Lumpur kerana aku masih perlu meduduki peperiksaan akhir tahun bagi sesi ni. Hm, sekarang ni, nak ke mana saje, aku mesti diiringi seseorang utk megelakkan keadaan tak diingini berlaku… aku terpaksa memakai tongkat utk berjalan, dan keadaan ni akan berlarutan selama 2 bulan, insyaAllah… segala perancangan yg dirancang waktu cuti lebur musnah… aku kini sedar betapa susahnya hidup tanpa sepasang kaki.. well, kaki kiri aku ok, tapi tanpa kaki kanan, keadaan agak sukar utk aku mandi, tidur, makan (kena berpantang), dan sebagainya…dalam masa kurang dari 5 saat, Allah tarik salah satu nikmat yg dianugerahkan kepada ku, ya’ni berjalan dengan sempurna… betapa kerdilnya aku,dan tragedi ini mengajar aku erti bersyukur dgn ape yg aku miliki… Ahamdulillah.. aku akan menghadapi exam isnin ni (10/4), so doakan la aku dapat membuat yg terbaik dalam hidup aku kali ni,smoga ujian yg aku alami ini mungkin memberikan sedikit kesenangan ketika menjawab paper exam nanti… amin…
Wassalam (^_^)