pasti ada hikmah di sebaliknya…

Hari itu, merupakan hari yang tak dapat dilupakan oleh Azmi. Sahabat karibnya, Azlan mengajaknya keluar berjalan2 di sebuah kompleks pasaraya di Kuantan. Tanpa membuang masa, mereka terus  bertolak ke

sana

dengan menaiki bas. Setelah puas berlegar di sekitar kompleks tersebut, mereka berehat sekejap di sebuah restoran makanan segera sambil menjamu selera.

“Assalamualaikum bang, boleh minta tolong hulurkan sedikit derma tak?” tiba-tiba kedua-duanya disapa oleh dua orang gadis. Seorang bertudung biru dan seorang lagi bertudung kuning muda.

“untuk apa ni dik?” Azlan membuka bicara.

“erm, untuk sekolah anak yatim. Saya Azah, kawan saya ni Hanim. Kami ni sukarelawan dari Kolej Islam Pahang, untuk memungut derma bagi sekolah anak yatim di Temerloh” balas si gadis bertudung kunig itu.

“ye ke? Adik 2 orang je ke yang buat kerja ni?” tanya si Azlan menunjukkan minat.

“eh, tak la.

Ada

lagi kawan kat sebelah

sana

. Kami berpecah untuk memudahkan kerja pengutipan derma.” Balas Azah.

“abang berdua ni selalu kat sini ke? Orang kuantan ek?” tutur Hanim, gadis bertudung biru di sebelah Azah.

“bukan, kami ni orang KL. Saya Azlan , yang sebelah ni namanya Azmi” balas Azlan, sambil memperkenalkan sahabat baiknya itu.

“Oo, abis tu buat apa kat sini?” tanya lagi si Hanim.

“kami ni sebenarnya…”

“err, kami pelajar Kolej Poly-tech Mara, ambik diploma” kata Azmi, tanpa sempat Azlan menghabiskan ayatnya. Berkerut dahi Azlan mendengar jawapan kawannya itu.

“erm, maaf la ye. Kalau takde apa-apa, kami beredar dulu lah ye” tutur si Azah untuk mengundur diri, mahu meneruskan kutipan derma yang dilakukannya.

“ah, lupa plak. Nah, ni duitnya, ikhlas dari saya” Azlan membuka dompetnya dan menghulurkan rm10 ke dalam tabung yang dipegang Azah. Azlan berpaling ke arah Azmi.

“mi, kau tak nak bagi ke?”

“ha? Ah, ye. Nah”  Azmi yang tersentak dari lamunannya terus menghulurkan duit yang dipegangnya. Azlan tersenyum sahaja melihat perilaku sahabat baiknya itu.

“terima kasih ye. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Kami pergi dulu. Assalamualaikum.” Hanim menyusun kata-katanya, dan mereka berdua pun beredar ke tempat lain.

Selepas dua gadis itu berlalu pergi, azlan pun bertanyakan sesuatu yang disyakinya sejak tadi lagi.

“hm, mengelamun nampak? Angau ke?” tegur si Azlan dengan nada menyindir.

“hish, kau ni. Mana ada. Biase je”

“ala, tak payah nak kelentong aku. Kau ingat aku tak perasan cara kau pandang budak perempuan yang bertudung biru tu. Apasal tak tackle terus je tadi?”

“kau ni memang la. Takkan la aku nak tackle dia? Dia tu budak baik, dari Kolej Islam Pahang. Takdenye dia nak layan aku”

“ala, kita pun apa kurang nya

kan

?

Cuba

la dulu, mana la tau dia berkenan kat kau jugak ke. Lagi satu, Budak KPTM? Kau ni biar betul.”

“takpe la, sekali sekala apa salahnya kita jadi pelajar KPTM pulak. Saja je tadi.”

“ada-ada aje kau ni” mereka menyambung sarapan dan kemudian beredar ke destinasi yang berikutnya.

Pada masa yang sama, dua gadis tadi berbual memperkatakan tentang dua lelaki yang baru mereka temui sebentar tadi.

“Hanim, awak perasan tak, lelaki yang bernama Azmi tu asyik pandang awak je,

kan

?”  Azah memulakan bicara.

“em, perasan jugak. Tapi saya buat tak tau je.” balas Hanim bersahaja.

“jangan-jangan dia suka kat awak tak? Ok lah tu, dia pun apa kurangnya. Hensem jugak.” Kata Azah sambil melagakan bahunya dengan bahu Hanim.

“hm, tapi dia pelajar KPTM je, bukan apa sangat pun. Tak ada apa yang istimewa sangat la”

“ eh, ok lah tu. Sekurang-kurangnya dia tak la melepak tak tentu pasal. Orang nya pun nampak baik, berilmu.”

“hm, tengok je lah Azah, kalau dah jodoh takkan ke mana. Jom lah, pergi tempat lain pulak” Hanim terus berjalan sambil di ikuti rapat kawannya itu.

*********************************************

Takdir menemukan kembali mereka berdua di kompleks yang sama. Azmi yang sudah pun terpikat dengan keayuan dan kecantikan Hanim tanpa membuang masa terus memulakan perbualan, dan Hanim menyambut baik hasratnya itu untuk berkawan. Mereka mula bertukar nombor telefon, dan sering berbual menceritakan perihal masing-masing. Setelah beberapa bulan berkenalan dan merasakan keserasian dalam kehidupan mereka, mereka sepakat meneruskan hubungan ke tahap yang lebih serius, sebagai sepasang kekasih . namun mereka masih berpegang teguh pada tali agama, membataskan pergaulan mereka supaya ia tidak dicemari dengan tingkah laku yang dipandang serong di sisi agama.

“hai, dari mana tu? Baru abis layan pakwe ke?” tanya Azah menyindir sahabat baiknya yang baru sahaja melangkah masuk ke biliknya.

“perli nampak? Abang Mi call, borak biasa je. Kata nya busy sekarang dengan assignment” balas Hanim tersipu malu.

“wah, dah ber’abang’ sekarang. Hai, maklum la,orang ada buah hati lah

kan

?” Azah terus menyakat. Hanim hanya mampu tersenyum dek kata-kata teman sebiliknya itu.

“eh, Azmi dah tau ke awak nak sambung belajar kat UUM? Dia ok ke?

“em, baru je bagitau dia tadi. Dia tak kesah, asalkan ia kehendak saya. Berjauhan sikit pun tak apa, asalkan masing-masing setia.”

“bagus lah camtu. Harap-harap kamu berdua kekal sampai akhir hayat. Azmi macam mana? Dia tak nak sambung belajar ke?”

“tak, katanya nak bekerja untuk cari pengalaman bila dah abis belajar nanti”

“em, ok kot. Pesan kat dia, simpan duit dari sekarang. Nanti nak masuk meminang senang la sikit, mas kahwin pun dah naik sekarang ni” Azah berseloroh dan Hanim hanya mampu tersenyum malu mendengar usikan kawannya. Hanya lafaz ‘amin’ sahaja yang bergema dalam hatinya, moga doa sahabat baiknya itu dimakbulkan agar dia dan Azmi akhirnya dapat hidup bersama sebagai suami isteri yang sah suatu hari nanti.

**************************************

“kau apa cerita sekarang ni Mi? termenung je. Ok ke kau dengan hanim tu?” Azlan bertanyakan khabar, tanda dia mengambil berat akan sahabat baiknya.

“em, alhamdulillah, aku dengan dia ok. Dia baru je bagitau aku tadi, dia nak sambung ijazah perakaunan kat UUM nanti”

“ok lah tu, baru la nampak sepadan sikit nanti. Kenapa? Kau risau dia cari pengganti kau ke kat

sana

nanti” sindir Azlan. Air muka Azmi sedikit berubah, menandakan dia tidak menggemari gurauan Azlan.

“aku harap mulut kau tak masin. Betul, aku memang bimbang jugak memikirkan pasal hal tu. tapi, insyaAllah, aku yakin Hanim setia dengan janjinya”

“ala, apa la nak risaukan? Takkan la dia cari pengganti kau? Rasional la sikit,  kau ingat senang ke nak cari pakwe yang ada standard cam kau ni…” Azlan terhenti seketika. Dia berfikir sejenak, sebelum menyambung balik kata-kata nya.

“don’t tell me that u still hide your identity?”

“a’ah, aku masih lagi pelajar KPTM di mata dia. Dan aku beritahu dia yang aku nak bekerja bila dah habis belajar nanti, untuk menimba pengalaman” jawab Azmi bersahaja.

“what the??!! Come on la Mi, sampai bila kau nak berahsia? Don’t u think she need to know about it? Takkan kau masih tak percaya lagi betapa ikhlasnya dia dalam perhubungan ni?”

“bukan camtu, tapi aku takut dia tuduh aku tak jujur dalam hubungan kami. Aku takut dia tak dapat maafkan aku…”

“sampai bila mi? sampai bila? “

“aku tak tahu, tapi yang pasti lambat laun dia akan tahu juga. Akan tiba masanya dia akan tahu semua ni”

“terpulang lah pada kau. Aku just harap tembelang kau tak pecah sehingga bila tiba masanya” ujar Azlan meninggalkan Azmi keseorangan.

******************************************

Masa pantas berlalu. Selepas, setahun berada di UUM, Hanim pulang ke kampung halamannya untuk bercuti. Dia sangat seronok dapat bertemu kembali dengan Azah, sahabat karibnya yang juga sekampung dengannya. Petang itu, mereka asyik berborak menceritakan pengalaman masing-masing  di universiti, sehingga lah Azah bertanyakan satu soalan yang merungkai segalanya.

“so, camne awak dengan Azmi. Dah lama tak dengar berita pasal dia? Dia tengah kumpul duit untuk masuk meminang ke?” Azah bertanya, sesuatu yang jawapannya mungkin di luar dugaan.

Hanim membisu. Dia tak pasti apa yang harus dijawab akan soalan sahabatnya itu. Di mana harus dia mulakan? Melihat riak wajah Hanim, Azah dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi di luar pengetahuannya. Sesuatu yang tak kena akan hubungan Hanim dengan Azmi. Azah terus bertanya.

“awak ok ke ni Hanim?

Ada

masalah ke dengan Azmi?”

Hanim

cuba

menyusun ayat tentang apa yang akan diperkatakan kepada Azah.

“sebenarnya….” Hanim terhenti seketika, sebelum menyambung kembali kata-katanya yang tergantung.

“sebenarnya, sejak saya masuk UUM, hubungan kami tak serapat dulu. Saya sibuk dengan assignment dan

cuba

menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Azmi pula busy dengan kerjanya, menyebabkan kami jarang berhubung. Dalam sebulan, ada la 2 kali sahaja kami berbual. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan” Hanim menoktahkan katanya.

“tapi, hubungan still ok

kan

? Tak semestinya kalau jarang berhubung, ada masalah, betul tak?” Azah mencelah

Hanim membisu. Dia tak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Ceritanya terhenti di situ, namun ia masih belum merungkai kisah sebenar yang terjadi. Hanim akhirnya memberanikan diri, memberitahu Azah akan sesuatu yang di luar jangkaan kawannya.

“di

sana

, saya bertemu dengan Amir. Baik orangnya. Dia senior dalam jurusan saya, dan akan graduate tahun ini. Peribadinya sangat menarik,sopan, alim, berbudi bahasa, lemah lembut, cemerlang dalam pelajaran. Malah, dia telah pun dijanjikan pekerjaan dengan sebuah syarikat dengan gaji yang lumayan”

“Amir? Apa kaitannya dalam hal ni?” Azah masih belum dapat memahami akan jalan cerita ini.

“Amir melamar saya 2 minggu lalu, dan ingin menjadikan saya suri hidupnya. insyaALLAH dia akan datang dengan rombongan meminang minggu hadapan..” Azah tersentak. Sesuatu yang memang di luar dugaannya.

“habis, macam mana dengan Azmi, dia dah tau ke pasal hal ni?”

“belum. Kami berjanji nak jumpa esok kat tempat biasa, dan saya akan beritahu dia pasal hal ni”

“kenapa boleh jadi macam ni? Azmi

kan

layan awak dengan baik. Sanggup awak buat dia camtu?”

“nak buat camne. Kalau dah takde jodoh, terpaksa la terima. Lagipun, hidup saya lebih terjamin dengan Amir. Sedangkan Azmi hanya lepasan diploma KPTM, tak mungkin dapat menyaingi Amir dalam semua hal.” Balas Hanim.

“tapi sebelum ni bukan ke awak tak kesah dengan tahap pengajiannya? Hanim kata benda tu tak kesah, asalkan dia berhati mulia dan mampu membahagiakan Hanim?”

“itu dulu, sebelum saya

masuk

U.

bila berada di U, baru saya fahami betapa pentingnya mencari seorang lelaki yang mampu membahagiakan kita dari semua segi, bukan setakat kasih sayang sahaja” ujar Hanim. “saya yakin Azmi boleh terima hakikat ni. Lagipun ramai lagi perempuan kat dunia ni, mungkin kami memang takde jodoh” hujah Hanim membuat Azah hanya mampu menggeleng kepala memikirkan perasaan Azmi apabila mengetahui akan apa yang telah berlaku ketika ini.

“Hanim, jika itu yang awak mahukan, terpulang lah. Mungkin benar kata awak, kalau dah tiada jodoh antara kamu, apa lagi yang harus diperkatakan. Setiap orang telah dicipta pasangannya sejak azali lagi. PASTI ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG BERLAKU” pesanan Azah buat teman baiknya itu.

***************************************

Azlan tersenyum melihat gelagat rakan karibnya Azmi. Dari tadi Azmi sibuk berhias dan bergaya di depan cermin. Sememangnya pertemuan dengan Hanim, buah hatinya itu amat dinantikan, setelah hampir setahun tidak bersua muka. Azmi tersenyum panjang, riak wajahnya yang gembira memang tidak dapt disembunyikan lagi.

“so, kat tempat biasa ke?” Azlan memulakan tutur

“em, kat tempat biasa je.”

“apa rancangan kau kali ni? Nampak bersemangat je”

“aku nak beritahu dia akan segala-galanya. Tentang kehidupan aku yang sebenar, dan apa yang sedang aku lakukan sekarang ini. Dan kalau boleh, aku nak melamarnya hari ni jugak” balas azmi berkeyakinan.

“hai, takut kena kebas ke?” Azlan sekadar bergurau. Gurauan yang mungkin menjadi kebenaran.

“sapa tak takut. Harap-harap dia maafkan aku atas apa yang aku rahsiakan selama ni. Ok, aku pergi dulu” Azmi menyarung kasut, bergegas untuk ke tempat pertemuan seperti yang dijanjikan.

“nah, bawak benda ni sekali” ujar Azlan sambil melempar sesuatu ke arah Azmi. “boleh jadi bukti kalau dia tak percaya apa yang kau beritahu dia nanti”

Azmi menyambutnya, dan melemparkan senyuman tanda terima kasih sebelum beredar.

                                **************************************

Seperti yang dijanjikan, Azmi setia menunggu di restoran Mc Donald. Dilihatnya jam di tangan kirinya, menunjukkan tepat 3.20 petang. Sudah 20 minit menunggu buah hatinya Hanim, namun masih belum nampak kelibatnya. Azmi masih tersenyum, membayangkan akan betapa terkejutnya Hanim apabila dia melamar nanti. Hatinya nekad, inilah masa yang terbaik untuk diluahkan segala yang terbuku di hati, setelah hampir setahun berjauhan. Segala apa yang dirahsiakan selama ini akan diceritakan satu persatu, agar Hanim dapat menerimanya dengan terbuka.

“Assalamualaikum. Abang dah lama tunggu ke?” Hanim datang berbaju kurung biru muda. Azmi tersenyum tanpa menunjukkan tanda bosan menanti kehadirannya.

“wa’alaikumussalam. Takde la lama sangat, baru je sebentar tadi. Eh, duduklah, abang dah pesan makanan yang selalu kita makan dulu.” Ujar Azmi, mempelawa kekasihnya duduk.

“maaf ye bang, bukan sengaja lambat. Jalan jem tadi, lagipun hanim datang bawak kereta abah, so lambat la sikit.”

“em, tak pe, abang tak kesah. Jom lah, kita makan ye” Azmi pun menjamah makanan yang sudah terhidang di atas meja.

Perbualan terhenti di situ. Masing-masing tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara. Lidah terkelu, tidak tahu di mana harus dimulakan. Pertemuan setelah setahun berpisah menyukarkan lagi situasi. Mereka berdua terus menjamu selera, menunggu yang seorang lagi bersuara.

Suasana masih lagi sepi. Akhirnya Hanim mula membuka mulut.

“sebenarnya ada hal penting sangat yang hanim nak cakap kat abang”

“em, abang pun sama. Tapi hanim cakap la dulu, abang sudi dengar.”

“hanim harap abang dapat terima dengan hati terbuka”

“… apa dia?” Azmi bertanya, terasa tak sedap hati mendengar kata-kata Hanim sebentar tadi.

“Hanim nak minta maaf banyak-banyak kalau Hanim ada menyinggung perasaan abang selama ni”

Azmi hairan, dirasakan tak pernah pun Hanim melakukan sesuatu yang salah di sisinya.

“Hanim minta maaf banyak-banyak sebab Hanim tak dapat kotakan janji yang kita abadikan selama ini.”

Azmi terus mendengar. Hatinya mula berdebar, menunggu lanjutan kata dari kekasihnya itu.

“sebenarnya seorang lelaki kenalan Hanim di universiti akan datang melamar Hanim minggu depan. Keluarga Hanim pun dah bersetuju, dan akan terus melangsungkan pertunangan pada hari tersebut. Hanim tak dapat nak buat apa-apa, hanim hanya mampu meminta maaf  kerana tidak dapat tunaikan janji untuk mendirikan rumah impian bersama abang” Hanim tunduk, tak mampu untuk bertentang mata dengan buah hatinya selama ini.

Azmi terkedu.dia bagaikan tak percaya apa yang didengarnya sebentar tadi. Dia langsung tak menyangka perkara sedemikian akan berlaku. Apa yang paling ditakutinya kini dah menjadi kenyataan. “Ya Allah, masin betul mulut si Azlan” katanya di dalam hati. Azmi menenangkan diri, termenung, sebelum menyusun ayat untuk diperkatakan pada Hanim.

“hanim, abang baru je merancang nak beritahu hanim yang abang nak melamar Hanim untuk menjadi permaisuri hidup abang. Tak boleh ke abang diberikan satu peluang, berjumpa dengan kedua ibu bapa Hanim, untuk menyatakan hasrat abang? Mana la tau, mereka boleh pertimbangkan hasrat abang ni? Lagipun, kita

kan

suka sama suka. Mungkin Hanim boleh beritahu pada mereka, supaya mereka bersetuju dengan pernikahan kita?”

Azmi

cuba

memujuk, diharapkan buah hatinya bersetuju dengan cadangan itu. Hanim terkejut mendengarnya. Dia tak menyangka Azmi ingin melamarnya hari ni. Dia serba-salah. Hatinya masih menyayangi Azmi, tapi mengenangkan kembali Amir yang jauh lebih berkarisma berbanding Azmi, menidakkan segalanya. Hanim menyusun kata,

cuba

mengeluarkan alasan yang lebih kukuh supaya hajat Azmi tidak diteruskan. Kalau tidak, segala apa yang dirancang tidak akan menjadi.

“tak boleh bang, mak dan ayah dah setuju. Kalau dibatalkan, nanti jatuh air muka ayah. Nanti dikata orang ayah mungkir janji” Hanim memberi alasan, alasan yang direka semata-mata untuk membatalkan hasrat Azmi.

“tapi, kita dah lama mengenali satu sama lain. Mungkin ayah hanim akan bersetuju setelah mendengar kisah kita” Azmi terus memujuk.

“tak mungkin bang. Perbezaan abang dengan dia terlalu ketara. Abang hanya lepasan diploma, sedangkan dia ada ijazah”

“tapi, abang dah ada kerja yang tetap”

“dia pun dah dapat tawaran bekerja dnegan sebuah syarikat terkenal, gajinya sangat lumayan. Tak mungkin sama”

Azmi terdiam. Dia tak menyangka kekasihnya kini membangkitkan persoalan yang tak pernah timbul selama ini, perihal tentang ‘diploma’nya dan ‘kerja’nya.

“abang ingat Hanim tak kesah tentang kerja dan taraf pendidikan abang. Bukan ke itu tidak sepenting kasih sayang yang kita semaikan?”

Hanim terdiam. Dia tak tahu bagaimana harus dijawab soalan itu. Diperah otaknya untuk memberikan jawapan.

“itu dulu bang,sekarang lain. Hanim memerlukan seseorang yang mampu memberikan kebahagiaan dari segi rohani mahupun jasmani. Ekonomi sekarang makin meningkat. Kasih sayang saja tak boleh menampung perbelanjaan dan keperluan kita”

            Tak disangkanya, dalam masa setahun Hanim telah berubah. Jika dulu soal ini langsung tak pernah dibangkitkan, walaupun Azmi pernah mengutarakan hal ini, namun Hanim tak pernah kesah. Katanya, kalau dah sayang, semuanya tak jadi masalah.. kini, setelah bergelar mahasiswi, lain pula pemikirannya. Azmi langsung tak menyangka begini jadinya. Andainya dia mengetahui ini yang akan terjadi, sudah pasti lamaran dia telah kemukakan setahun yang lalu.

            Azmi hairan, kenapa Hanim berkeras mengatakan lamarannya akan ditolak bulat-bulat, sedangkan dia tak pernah bertemu dengan ibu bapa Hanim sebelum ini. Apatah lagi dengan alasan yang Hanim berikan, sukar dia menerima bahawa segalanya sudah ditetapkan oleh ibu bapa Hanim.

            “Hanim, abang nak tanya, betul ke mak ayah Hanim dah terima lamaran tu? Lamaran tu

kan

akan datang minggu depan. Dulu Hanim pernah cerita, ayah Hanim takkan terima pinangan orang sebarangan. Dia akan jumpa dan nilai orang itu terlebih dahulu dulu sebelum buat keputusan. Tapi, kenapa pinangan ni cepat sangat dia terima?”

            Hanim tersentak. Dia lupa mereka pernah membicarakan hal ni dahulu. Hanim terdiam, tak tahu apa yang harus diperkatakan. Pekungnya terdedah. Apa lagi alasan yang harus dia reka? Buntu fikiran Hanim.

            Azmi sedar akan perubahan riak wajah Hanim. Dan dia dapat mengagak jawapan kepada soalannya. Kini baru dia faham, betapa hati manusia tak mungkin dapat diteka. Sekali bah, sekali pantai berubah. Dalam masa setahun, keyakinan dan janji yang diikat sekian lama terurai kerana orang ketiga.

            “Hanim yang bersetuju dengan lamaran kenalan Hanim

kan

? Kerana bagi Hanim, dia jauh lebih sempurna dari abang

kan

? Hanim reka semua alasan tadi supaya abang berputus asa, betul?”

            Hanim hanya mampu menunduk, tak sanggup dia bersemuka dengan Azmi. Azmi hanya mampu mengeluh,

cuba

menahan perasaan marah yang berkecamuk di hatinya. Marah keran yang tercinta berpaling darinya dan memilih yang lain hanya kerana ‘kekurangan’ nya dari segi pangkat dan harta dunia. Namun ditahan juga dari terlepas, takut perkara yang lebih buruk akan berlaku. Azmi beristighfar, bersabar,

cuba

meleraikan kekusutan di dada.

            “Hanim” Azmi bersuara.

            “kalau hati Hanim dah pun beralih kepada orang lain, kenapa tak beritahu dari awal lagi? Kenapa Hanim sanggup menipu abang?”

            Hanim terus membisu.

            “Hanim takut abang tak dapat terima keputusan Hanim?”

            Hanim masih lagi membisu. Dia sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi.

            “Hanim, abang adalah seorang yang rasional. Kalau abang tahu masalah ini dari mula lagi, sudah tentu abang akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan kasih sayang yang kita bina selama ini. Tapi, kini sudah terlambat, sudah tiada apa lagi yang abang boleh lakukan. Lamaran tu akan datang dalam beberapa hari je lagi,dah terlewat untuk segalanya. Kalau ini adalah keputusan Hanim, abang mengalah. Demi kasih abang pada Hanim, biar lah abang pergi, asalkan apa yang Hanim idamkan tercapai”

            “abang hanya mampu doakan semoga Hanim bahagia di sisi lelaki yang Hanim pilih. Abang harap dia dapat berikan segala apa yang Hanim mahukan dalam hidup ini,

Segala apa yang abang tak mampu lakukan untuk Hanim”

            Air mata berlinangan. Hanim menahan sebak mendengar ucapan Azmi. Dia mersa bersalah atas apa yang dilakukan kepada Azmi.

            “kalau dah takdirnya tiada jodoh antara kita, abang redha. Abang pergi dulu, Assalamualaikum.” Azmi menghentikan perbualan, bangun dari kerusi yang didudukinya secepat yang mungkin. Dia sudah tidak dapat menahan perasaan yang membuak di hatinya.

Di saat itu, ketika Azmi

cuba

bangun, sekeping kad terjatuh dari poket baju kemeja Azmi ke atas lantai di bawah meja mereka. Hanim yang ternampak kad itu, segera mengambilnya untuk dihulurkan kepada Azmi. Namun, pergerakannya terhenti seketika. Hanim tergamam, terkejut dengan apa yang dilihatnya pada kad itu. Di pandang kepada Azmi, namun Azmi hanya membisu. Hanim tidak percaya apa yang ada ditangannya. Sekeping kad yang mungkin jika didedahkan terlebih dahulu, segalanya mungkin berubah.

Azmi mengambil kad itu dari tangan Hanim, menatapnya, dan menyimpan kembali ke dalam poket kemejanya.

            “sebenarnya, hari ni abang memang rancang nak beritahu hal yang sebenarnya pada Hanim. Segala-galanya tentang abang yang Hanim tak tahu selama ini. Abang mohon maaf sebab merahsiakannya selama ini.Abang dah lama nak beritahu, tapi takut Hanim marah kerana abang merahsiakannya.”

            “tapi, segalanya dah tak bermakna lagi. Salah abang kerana terlalu lama merahsiakan perkara ini. kalau tidak, mungkin kita masih kekal bersama sehingga ke akhirnya. Tapi, dah terlewat, nasi dah jadi bubur. Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya kita dah tahu akan diri masing-masing sekarang”

            Hanim tidak dapat berkata apa-apa lagi. Hanya mampu merenung ke bawah tanpa berkata apa-apa. Benar, nasi dah menjadi bubur. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan tentangnya.

            “abang pergi dulu. Assalamualaikum” Azmi terus berlalu, hilang di celahan orang ramai di kompleks membeli-belah itu. Hanim masih terduduk di situ. Siapa sangka segalanya berakhir sebegini. Dia telah kehilangan orang yang paling disayanginya suatu ketika dulu. Sebak bila memikirkan akan hubungannya dengan Azmi setahun yang lalu. Namun, penyesalan di kala itu sudah tidak berguna lagi. Apa yang pasti, Azmi Ibrahim, pelajar perubatan tahun 5 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, seperti mana yang tertera di kad pengenalan Universitinya, tidak akan kembali lagi ke sisinya. Yang pasti, hidup harus diteruskan, dan Hanim memperolehi pengajaran dari apa yang dialaminya. Jangan sesekali memandang rendah pada orang lain. Kerana hakikat yang sebenarnya tiada siapa yang tahu, melainkan Maha Pencipta yang mentadbir alam.

“PASTI

ADA

HIKMAH DISEBALIK APA YANG BERLAKU”. Baru Hanim memahami akan nasihat sahabat baiknya Azah sebelum ini.

************************************************

2 Responses to “pasti ada hikmah di sebaliknya…”

  1. asmieamira Says:

    weh..sedey ugak citer nie..ntahlah aku pun tak atu nak kate aper..huhu tapi memamng tak patut lar dak pempuan tu tnggalkan laki tuh sebab tak bergaji tinggi+tah berharat sekadar spm+diploma..tapi pape pun memang besh!!!

  2. dRe-IM-mY Says:

    mekasih.. mekasih.. aku dalam proses siapkan satu lagi cerpen, konsepnya lebih kurang sama, cuma jalan cerita yg berbeza… hm, nape aku suka cerpen camni ek? haha (^_^)

Leave a Reply