selamat hari ibu
bismillah…. buat semua ibu2 di malaysia, dan di seluruh dunia, selamat hari ibu (^_^). jasa2 mu akan kami anak2 kenang seumur hidup… tidak terbalas segala jasamu dalam memelihara kami dan mendidik kami sehingga menjadi insan berguna. hanya syurga selayaknya balasan buatmu atas pengorbanan yg telah kamu lakukan untuk membolehkan kami menghirup nafas di dunia ni. terima kasih wahai ibu, yg mengandungkan diri ini yg dari sekelumit benih hingga dilahirkan sempurna selepas 9bulan… kau tak pernah letih melayan kerenah aku yg hanya mampu menyuarakan keinginan aku dengan tangisan. kau tidak pernah melenting apabila aku mengejutmu dari tidur hanya kerna laparkan susu.. sebaliknya kau dodi diriku dan menyusuiku agar aku lena kembali. kaulah menjadi tempat aku mengadu dari kecil hingga dewasa. segala nasihatmu penuh seribu makna yg sentiasa dijadikan pedoman untuk mengiringi langkahku.
jika mahu ku hitung segala jasamu sepanjang hidup ini, nescaya seribu satu malam masih belum cukup untukku huraikan segalanya. ingin ku ucapkan selamat hari ibu kepadamu, tapi mulut ini berat untuk melafazkannya. mungkin kerana diri ini tidak biasa dengan melafazkan ungkapan itu, lebih2 lagi egoku sebagai seorang anak muda memngunci mulut ini. namun percayalah, di hati ini aku sentiasa menyayangimu, lebih dari segalanya. terima kasih mak, kerana membenarkan aku hidup di dunia ini, tidak mengabaikan ku, mendidikku, menjaga perlakuanku dan segala2nya. hanya doa mampu ku berikan, beserta merealisasikan impianmu. hanya itu aku mampu lakukan, untuk menunjukkan pengargaanku ke atas segala pengorbana yg kau lakukan demi membesarkan aku… terima kasih mak….