sahabat…

May 27th, 2006 by ganukite

Bismillah…

Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya…. Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya…. Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya…. Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya…. Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa…. Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna… Tapi bersahabatlah kerana Allah..

erm… kata2 ni bukan dari aku, tapi aku copy dari testi seseorg… harap dihalalkan, sebab aku memang tertarik dengan kata2 ni…ia menyedarkan aku tentang satu perkara… jangan berkawan semata2 kerana penampilan, tapi berkawanlah kerana diri si empunya… (^_^)

tinggal sebulan je lagi

May 22nd, 2006 by ganukite

Bismillah…

erm, tinggal sebulan je lagi… aku kene daftar masuk fakulti seawal 15hb6, org lain tgh cuti lagi…. ye la, kene masuk awal sebab ade kursus klinikal… adoi…adoi…

dah hampir tiba masanya menghadap buku n nota2 yg penuh tu… nak pindah barang lagi…erm, sesi ni kene la serius skit, bukan ape, 70% maa, mati aku kalau fail… x nak aku mengulang

anyway, nasib baik la kaki ni dah okey sket, boleh la setakat nak gi jalan2… bawak motor x confirm lagi, yg pasti nak past bola still x leh.. tukang urut tu kata lepas 100 hari, baru ok sket.. so, buat kekawan aku, bersabo la, akan aku kembali mewarnai sukan korang semua..hahaha

tinggal sebulan je lagi, tak sabar gak nak jumpa kwn2 semua, mesti ade banyak cite baru… dalam masa yg sama, sedih lak tinggalkan kampung…

ops, tu je setakat ni, nak gi amik kakak balik dari skolah lak( die cikgu, bukan pelajar)… tu la keje aku lepas sembuh ni… hehehe

k la, peace (^_^)

Apabila Allah tarik salah satu nikmatnya…

April 5th, 2006 by ganukite

Bismillah…

Ehem, camne nak mulakan cerita yg penuh tragis ni.. ok, camni, jumaat lepas (31/3), lebih kurang pukul 6.20 petang, beberapa org kawan aku ajak aku main futsal cam biasa. Kitorang biasa la main futsal, atau lebi tepat street soccer waktu petang2 camni kat parking lot berdekatan asrama. So, aku dengan segera mengiyakannya, walaupun pada mulanya aku rasa tak sedap hati skit. Kerana sebelum tu, pada waktu tengah hari tu, hujan turun, so permukaan lantai parking lot tu maybe ade yg basah kena tempias hujan… tapi, bila pikir kawan aku dah ajak, aku pun setuju main je… memang dah jadi prinsip hidup aku, “jangan hampakan org lain,sebab aku sendiri tak nak permintaan aku dihampakan”.. bila org mintak tolong ngan aku, ape2 je kalau aku mampu, insyaAllah aku tolong… kawan2 ajak main bola ke, futsal ke, walaupun waktu tu aku demam atau selsema, aku tetap gagahkan diri utk pergi main, sebab org dah ajak aku, aku akan ikut jugak… dan seperti yg aku kata, aku tak suka permintaan aku dihampakn, sebab tu biasanya  kawan2 yg ajak main bola, bukan aku. Ade kawan2 yg kadang2 tak nak main bola atas alasan2 tertentu, n aku tak suka dengar alasan2 tu… sebab tu aku tak ajak kawan2 main bola, even dalam hati aku nak amat2 sangat nak main bola waktu tu.

So, nak dijadikan cerita, aku pun main la cam biasa kat parking lot tu, dengan 4 org lagi kawan aku, apos, jatak, ajes dan dekmi. Bilangan tak cukup, so main 2 lawan 2, sorang jadi reserve. Tgh syok main tu, ade la bola yg terlepas dan aku pun berlari mendapatkan bola tanpa aku sedari bola tu menuju kea rah tempat yg sedikit berlumut dan basah… bila aku dah dekat dengan bola tu, tetiba aku hilang imbangan badan dan tergelincir, kaki kanan aku sedikit berlipat, atau dalam bahasa medic, hyperinversion. Kaki aku terlipat ke arah dalam, dan tak sampai sesaat, aku terdengar bunyi sesuatu benda patah.. “krakk”.. aku terus terbayangkan keadaan kaki aku waktu tu dan, aku dah tau ape yg berlaku. KAKI KANAN KU PATAH!!!!

Tatkala tu jugak aku meraung kesakitan, kawan2 mula datng mendapatkan aku,

cuba membantu ape yg mampu..kasut ku di longgar dan dibuang berserta dengan stoking, ajes cuba melihat pada kaki ku. “tak patah kot,maybe terseliuh saje”, katanya, utk menyedapkan hati… tanpa membuang masa, apos pergi mendapatkan dr hisham, pensyarah merangkap pengetua kolej kediaman kami kat kondominium cancellor ni. Dekmi dan jatak cuba memapah aku dan membawa aku ke lobi kondo tempat aku menginap. Kemudian, dr hisham yg baru pulang dari bersiar2 segera datang ke arah ku, melihat keadaan kaki ku, dan dengan pastinya, “paling kurang pun fracture”, katanya. Dia kemudian meminta kawan2 memapah ku balik ke rumah terlebih dahulu utk mandi, makan sebelum dibawa ke hospital utk rawatan…

Malam tu, aku menelefon keluarga dan memaklumkan keadaan aku waktu tu. Aku sedikit gementar dan takut kerana aku bimbang mak aku yg berpenyakit kencing manis dan darah tinggi tu mungkin akan terjejas kesihatannya apabila dimaklumkan berita ni. Tanpa aku sedari, aku menangis kerana aku telah membuat hatinya bimbang dan gelisah… aku ulangi, aku menangis BUKAN sebab sakit, TAPI sebab bimbangkan mak aku, ok? (saje nak tegaskan, takut ade yg berbunyi "ala, tak laki ah nangis") selepas isyak, dr hisham bersama isterinya membawa aku ke hospital UKM utk mendapatkan rawatan lanjut. Aku ditemani ajes dan amru. Selepas melihat x-ray kaki aku, doctor yg bertugas memaklumkan tulang fibula aku patah dekat dengan pegelangan kaki aku, atau lebih tepat, “you got oblique fracture at distal end of fibula”…camtuu la lebih kurang cakap omputihnya.  Bukan tu sahaja, ade chip fracture atau serpihan dekat thalus aku (salah satu tulang yg membentuk kaki, kat bahagian atas sekali, ni utk makluman org yg tak tahu pasal thalus).. dan juga, joint kaki aku ni ade terkeluar skit, atau lebih tepat dengan perkataan “subflexion” (kalau tak silap la). Patah yg aku alami ni dikategorikan sebagai “B” atau “weber B fracture”, berdasarkan surat doctor. Aku dimasukkan ke dalam wad trauma di HUKM, dan aku telah dijadualkan utk menjalani pembedahan utk “plating the right fibula & syndosmatic screw” (plat besi akan diletakkan dekat tulang fibula aku dan skru dipasang utk lekatkan tulang fibula dengan tibia).

Dalam masa yg sama, ayah dan 2 abang aku terus bersiap dan bertolak ke

kuala Lumpur utk melihat keadaan aku… mereka sampai lebih kurang pukul 5 pagi di KL. Mereka datang melawat aku, dan setelah perbincangan dilakukan, mereka bersepakat utk membawa aku balik ke kampong utk membuat rawatan tradisional.. keluarga aku lebih percaya rawatan tradisional berbanding pembedahan, dengan erti kata lain, kalau boleh, pembedahan adalah jalan yg TERakhir utk selesaikan sesuatu masalah. Aku hanya menurut kata mereka,kerana aku tau takde guna lawan cakap diorang, confirm aku kalah… tapi aku sendiri lebih senang dengan teknik urut berbanding bedah, dan aku percaya kat seorang tukng urut yg aku memang dah kamceng sejak dulu lagi, maklum la anggota badan ni selalu je ade yg terseliuh, semua disebabkan main bola.. hehehe

Selepas mendapat surat kebenaran doctor (walaupun sebenarnya tak boleh dikeluarkan, tapi atas risiko sendiri), keluarga ku membawa kau pulang ke terengganu.. aku pun pergi mengurut, dan demi Allah, sakitnya 5 ,6 kali ganda lebih sakit berbanding masa aku patah hari tu…Alhamdulillah,tulang fibula aku tu berjaya dirapatkan,dan menurut kata tukang urut tu, dah takde masalah, Cuma bengkak kat kaki aku ni mungkin lambat skit sembuh.

Then,aku dihantar semula ke kuala Lumpur kerana aku masih perlu meduduki peperiksaan akhir tahun bagi sesi ni. Hm, sekarang ni, nak ke mana saje, aku mesti diiringi seseorang utk megelakkan keadaan tak diingini berlaku… aku terpaksa memakai tongkat utk berjalan, dan keadaan ni akan berlarutan selama 2 bulan, insyaAllah… segala perancangan yg dirancang waktu cuti lebur musnah… aku kini sedar betapa susahnya hidup tanpa sepasang kaki.. well, kaki kiri aku ok, tapi tanpa kaki kanan, keadaan agak sukar utk aku mandi, tidur, makan (kena berpantang), dan sebagainya…dalam masa kurang dari 5 saat, Allah tarik salah satu nikmat yg dianugerahkan kepada ku, ya’ni berjalan dengan sempurna… betapa kerdilnya aku,dan tragedi ini mengajar aku erti bersyukur dgn ape yg aku miliki… Ahamdulillah.. aku akan menghadapi exam isnin ni (10/4), so doakan la aku dapat membuat yg terbaik dalam hidup aku kali ni,smoga ujian yg aku alami ini mungkin memberikan sedikit kesenangan ketika menjawab paper exam nanti… amin…

Wassalam (^_^)

insaf…???

March 30th, 2006 by ganukite

bismillah…

erm, exam final tinggal seminggu  lebih lagi.. tapi aku, still tak berubah.. asyik study last minute… ape nak jadi ngan aku ni? bile study je, baru masuk 10 minit, dah start menguap, amik bantal, baring atas katil, tup tup… dah sampai pagi…

anyway, tu la ape yg terjadi kat aku, baru je tadi… tgh revise pasal anatomy (sebab esok aku kena present), menguap plak dah… terus amik bantal… tgh syok nak melabuhkan tirai mata.. tetiba dengar kata2 seorang housemate yg berhati mulia, cuba utk menaikkan semangat aku… "im, ingat kat mak bapak ko  kat umah" tersentak aku, betapa aku terbayangkan mak yg kat rumah sentiasa mendoakan kejayaan anaknya, tanpa mengetahui batapa malasnya anaknya nak mengulangkaji kat hostel…ayah ygpenat lelah membantu sediakan ape yg patut utk pembelajaran anaknya, tapi ape si anak buat? study 5 minit, ngantuk, tido… bangun makan… tu je yg die tau… terus aku bangun, memulakan langkah utk bertanyakan kawan satu soalan yg membuntukan fikiran aku sampai nak tertido buatnya… terjumpa si usop… "cop, boleh ko terang kat aku tak pasal lymphatic drainage of the breast??"

"boleh, boleh… terbahagi pada dua, medial dan lateral… bla…bla…" begitu la penerangan pnjang lebar dari si usop… ooo, baru aku paham… pastu ternampak la laptop abu tengah on, aku pun dengan gatal tangannya buka internet explorer, chek emel jap… n sekarang aku kat sini, menaip post utk blog… 20 minit telah berlalu… exam tinggal seminngu lagi…???

Ya Allah, ape aku buat ni???? study study…(tapi aku still kat depan laptop utk menghabiskan post ni…..)

susah sangat ke nak basuh semua sekali???

March 5th, 2006 by ganukite

Bismillah….

manusia akan berubah… that’s for sure… tapi ape yg mendorong die berubah? Parent, adik beradik, kawan, kekasih, keadaan persekitaran atau diri sendiri? well, senang cakap, kalau kite berubah kerana sumthing, insyaAllah benda tu takkan kekal lama, EXCEPT… kerana diri ko sendiri… trust me…kalau ko berubah utk org lain, benda tu takkan kekal… cthnya… kalau ko berubah dari pemarah jadi penyabar atas permintaan kekasih ko, ko hanya akan jadi penyabar bile kat depan dia, belakang die, ko macam singa lapar nak ngap mangsa nya… betul tak? n etc… betul, tak caya tgk la kat diri korang sendiri…aku percaya, coz benda tu berlaku kat diri ku sendiri…. kalau berubah kerana org lain, memang akan balik kepada asal punye la… tapi kalau aku berubah untuk dir sendiri, ia akan kekal, insyaAllah…. kalau ko berhenti merokok atas permintaan kawan dan isteri, ko akan kembali pada tabiat lama bile diorang takder…. tapi kalau ko berhenti merokok atas kesedaran ttg bahaya rokok, confirm ko tak kan hisap lagi lepas tu, insyaAllah….

kalau ko berubah sebab org lain, other word to define it is, YOU ARE HYPOCRITE!!!! kite, adalah kie, bukan org lain… biar ape org kata, asalkan benda g kite buat tu betul, istiqamah la… kalau tak betul, amik pengajaran dan cuba berubah utk diri sendiri, bukan sebab org tegur… kite adalah manusia yg dianugerahkan akal utk berfikir, so use it wisely…

hm, sebanarnya… aku tak puas hati la skit kat org yg suka sound aku… cam, sound aku suruh basuh pinggan yg kau guna, sedangkan die punya pun kadang kala tak terbasuh… naik fedup aku…. susah sangat ke nak basuh pinggan yg bertimbun kat sink? alang2 basuh yg ko punye, basuh la semua sekali… ni tak, basuh yg die pakai je, pastu tinggal camtu je yg lain tu… ape, susah sangat ke nak colet sedikit axion and berus pinggan tu… sekali sekala ape salahnya, takkan sesama kawan pun berkira…. memang aku tak nafikan, aku basuh pinggan lambat sket, kadang lepas 2,3 jam baru aku basuh… tapi kalau aku basuh aku punya, aku nampak ade lagi yg tak terbasuh, aku basuh semua sekali… tak tinggal satu pun kat dalam sink tu… tu tabiat aku, alhamdulillah, abg aku dah terap benda baik kat dalam diri aku ni… tapi aku still tak leh tahan ngan perangai org yg camtu… ape, susah sangat ke nak basuh semua sekali ha? susah cam nak daki gunung everset? cam nak panjat bangunan 14 tingkat… adoi, pening la nak layan…. fedup tul!!! (’X')

p/s: lupe lak, aku terguna bahasa pelik skit… basuh pinggan tu maknanya cuci pinggan… harap korang paham bahasa ganu aku ni… [ 9 days to go] (^_^)

doa seorang sahabat…..

March 5th, 2006 by ganukite

Bismillahirrahmanirrahim… .

Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,Kurniakanlah kesihatan yang baikpadanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaan
dan kecemerlangan hidupdi dunia dan akhirat kelak.

Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain.

ape yg aku mengarut ni????

March 1st, 2006 by ganukite

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

erm,insyaAllah lagi 2 minggu aku exam… huhu, study tah ke mana…. tak tau la…. study tu study… tapi, fikiran still cam kosong…. tak tau ape2 bile lecturer tanya soalan….camne ek? anyway… tu bukan isi pertama aku… just tadi blur nak tulis ape….

minyak naik lagi!!!! hai, susah btul la… nasib baik la aku ni pakai motor je… tak la terase sangat… nath la, kerana minyak naik… hampir semua benda nak naik…. memang betul kerajaan dah tolong sebaik mungkin… but still, rakyat terapksa tanggung gak… kalu dulu 3 ringgit dah cukup utk penuhkan tangki minyak motor… sekarang 5 ringgit belum tentu penuh maa… nasib baik la pergi kuliah ade bas… jimat kos sara hidup…..

dalam pada itu, timbul la pasal jalan 2 alternatif utk kurangkan kos belanjawan rakyat… aku pun tak tau mane la pasal hal ni….tapi, rasenya tak der impact lagi la kot  setakat ni…. nanti la dah kerja n berumahtangga… baru la ade mase utk diluangkan memikirkan masalah negara ni…. tu pun kalau masih hidup lagi…  insyaAllah…

satu lagi benda yg aku nak luahkan kat sini…erm….ape ha? aisey , blurr lagi… sori la, aku ni sekejap blur, sekejap ingat balik…. ha, pasal cinta ni…sejak kebelakangan ni, bahnayk la aku dapt buletin atau ape je la pasal bab ni….hm, agaknya kawan2 yg sebaya aku dah matang kot… maklum la, dah 21 tahun…. dah leh mengundi… tapi……something wrong la…i don’t know about my feelings, but still…. ape ha aku nak cakap ni? watever… kepada yg tgh bercinta tu, cinta2 jugak, jangan sampai lupa tanggungjawab kite sebagai anak kepada ibu bapa dan jug sebagai pelajar kepada universiti, dan juga sebagai pejuang bagi ummah Islam… jangan sesekali dibuai hanyut oleh cinta dunia tu… pandai la korang jaga diri masing2…. me? sori, stil single….hahaha…. k lah, aku blah lu…

Assalamualaikum warahmatullah… (^_^)

satu cite di bulan september

February 16th, 2006 by ganukite

erm… ni crite lame sebenarnya… bile aaa…. ah, mase aku nak balik kampung bulan 9 lepas… gini citenye…..

mase tu, aku tgh naik STAR lrt ke pwtc… maklum la, org miskin cam aku ni naik bas je, kapal terbang sori maa!!!! xde fulus… back to my story… aku nampak satu couple, eh… silap. pasangan suami isteri le… aku tak perasan bile diorang masuk, maybe sebelum aku, diorang dah ade kot… aku perhati la diorang ni…

erm, aku tengok kat si isteri… baik sangat, pakaian menutup aurat, berudung labuh…. pakai baju kurung…. n paling penting… bagi aku laa… agak comel n cantik la kot… tak tau korang camne kalau ade kat tempat aku mase tu…. wah, dalam hati aku dah berdetik, kalau dapat bini camni kan bagus… (hahaha, pikir jangka masa panjang betul…) then aku tengok kat si suami lak… erm… aku tak nak komen ape… mengingatkan aku pada satu perumpamaan yg dikeluarkan oleh budak course aku… korang tau tak ape tu domino? ala, yg ade titik2 kat hujung die tu… ha, cam tu la, ibarat domino yg tak dapat diserasikan…5 titik bertemu ngan 3 titik..mane leh main maa…. camtu la perumpamaanya dalam kes ni… si suami tu, berkulit gelap… paras rupa takde la… senang cite… tak match ah kalau korang tengok sebelah mata…

aku pun  berfikir la, camne diorang leh kawin ah? si lelaki ni pakai ilmu ke ape? ye la, secara fizikalnya tak match la kot…tapi rapat sangat…. si lelaki tu layan ngan baiknya, pompuan tu lak ngan ayunya…. hmmm aku pun terus ngan pemikiran aku ni.. sampai kat satu stesen… diorang ni nak keluar…. mase tu baru la aku realize satu bende ygaku tak pernah sedar sebelum ni….. si isteri menghulurkan tangannya, cuba menggapai sesuatu… then, si suami menyambut tangan si isteri dan memimpin nya keluar dari lrt…. ya Allah, mase tu baru aku perasan… isterinya seorang yg buta…. dan die bergantung sepenuhnya terhadap si suami utk menunjukkan die jalan…. mase tu baru aku sedar bahawa sememangnya si suami layak utk berada sebelah isterinya yg cantik tu…. walaupun rupa takde, tapi die sorang yg amat berlembut dan melayan baik si isteri.. tak pernah die merungut sepanjang perjlanana tu akan kekurangan si isteri… sebaliknya, die cuba sebaik2nya utk menggembirakan isterinya.. menceritakan segala apa yg dilihat kepada isterinya…. seolah2 menjadi sepasang mata untuk si isteri melihat dunia…

mase tu, aku relaize diorang memang secocok… seperti ayat dalam al- quran yg bermaksud, " dan wanita yg baik adalah untuk lelaki yang baik" (camtu la lebih kurang maksudnya)… hm, aku tersenyum sendirian… betapa Allah maha Pencipta menciptakan makhluk-Nya dengan penuh keistimewaan…. dan aku juga tersenym sendirian… adakah aku akan senasib ngan lelaki tu… aku mengaminkan doa moga aku dipertemukan jodoh denagn wanita sebaik dan sesoleh itu, walaupun die mempunyai kekurangan yg lain… biar lah si wanita ade cacat cela, asalkan iman terjaga dan agama dituruti… kau akan bahagia….. (chewah… jiwang lak>… hahaha)… -fin-

15 january 2006 in memories..

January 15th, 2006 by ganukite

haha, 15 january 2006 in memories…. bagi aku, terlalu banyak tarikh bersejarah yg aku perlu ingat, tapi ni adalah salah satu yang aku selalu nantikan setiap tahun… walaupun ia datang dan berlalu begitu saja, tapi ia tetap antara hari yg ku nantikan… nape? secreto secreto.. (^_^)  sweet memories…. hope it goes on years by years… end with sweet event…. insyaAllah…

selamat hari raya!!!!

January 7th, 2006 by ganukite

hoho, tinggal 2 hari lagi kite raye lagi!! n, lagi 3 ari je cuti aku tinggal… tapi, aku x kesah pun, sebab dah boring duk kat umah ni… aku nak sangat jumpa bebudak coursemate aku… heee, mesti banyak cite baru dan bende baru yg nak kitorang kutuk… lgipun start sem ni kitorang duduk kat asrama baru lak… erm, actually, boleh kate condominium la kot… haha, mane ade asrama kat tingkat 14 maa!! aku pun tak caye.. tapi tu la hakikatnya… yg pasti, insyaAllah masalah nyamuk settle… betul tak usop, mon??